Monday, November 02, 2015

PAS Gelakkan DAP Bila Parti Mat Sabu Tak Boleh Diharapkan...

Sebelum ini ada desas desus yang menyatakan bahawa Parti Amanah Rakyat (Amanah) yang akan bertanding untuk merebut kerusi di kawasan PAS. Tapi sekarang ini lain pula jadinya apabila Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mengeluarkan kenyataan bahawa parti mereka pula yang akan bertanding.

Ehhhhhh… Sudah bertukar fikiran ke?? Atau mungkin parti Amanah sebenarnya tidak boleh diharapkan, takut kalah mungkin.

Oleh disebabkan tidak yakin dengan Amanah, so DAP sendiri akan bertanding bagi merebut lapan kawasan Pas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada pilihan raya umum akan datang. Kesian Amanah, belum apa-apa lagi sudah dikianati DAP haha! Tempoh hari bukan main lagi taburkan janji manis nak bagi miliki kerusi.. Tapi sekarang apa dah jadi?

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali melahirkan rasa simpatinya terhadap Amanah dan menegaskan bahawa sepatutnya lawan mereka adalah Barisan Nasional dan bukannya PAS, sesama pembangkang.

“DAP mahu yang menggantikan Pas ini, Amanah. Sepatutnya yang lawan Pas itu BN lah. Secara logik Lapan kerusi di Selangor yang disebut-sebut itu ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.ya. Bukan gantikan Pas.

“Tapi cara DAP ini seperti tidak percaya dengan keupayaan Amanah untuk melawan Pas,” katanya.

Namun begitu, walau parti mana pun yang akan bertanding pastinya PAS tidak akan melepaskan kerusi yang dimiliki mereka sewenang-wenangnya kepada Pakatan Harapan dan parti cebisan itu, bagi mereka lawan yang harus mereka kalahkan hanyalah BN.

“Terpulanglah. Kita (Pas) akan tetap pertahankan kerusi kita. Siapa nak lawan, lawanlah. Itu hak dia. Siapa-siapa pun bebas bertanding.

“Cuma saya fikir DAP buat kenyataan itu tidak bincang pun dengan rakan Pakatan Harapan dia.” Kata Mustafa. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment