Wednesday, November 11, 2015

Masa Untuk Ahli-Ahli Politik Untuk Menjadi Matang

http://www.freemalaysiatoday.com/wp-content/uploads/2015/05/Tony-Pua_Arul-Kanda_1mdb_600.jpg
Beberapa minggu lepas telah menjadi sangat menarik untuk semua ahli politik berpengalaman kerana terdapat beberapa insiden dan contoh-contoh yang telah sekali lagi menegaskan keperluan untuk ahli-ahli politik untuk menjadi matang.

Insiden yang saya ingin memfokuskan ialah kepada perdebatan 1MDB yang telah gagal. Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, telah menjadi salah seorang pengkritik paling lantang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan secara konsisten mendesak untuk berdebat dengan Arul Kanda, Presiden 1MDB.

Walau bagaimanapun, Tony Pua juga merupakan seorang ahli Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB. Walaupun mempunyai konflik yang jelas, Tony Pua terus menunjukkan kecenderungan kurang serius dan mencabar Arul untuk berdebat.

Arul mulanya menjawab bahawa Tony Pua perlu mengosongkan jawatan daripada PAC kerana ia adalah tidak wajar bagi seorang pengadil yang juga menjadi pemain kerana Tony Pua akan “menghukum” secara tidak langsung pada 1MDB sebagai ahli PAC.

Walau bagaimanapun, selepas beberapa kali dicabar dan diejek oleh Tony Pua dan sekutu beliau, Arul bersetuju untuk perdebatan dengan Tony Pua. Kemudian Tony Pua “menukar kuda pada pertengahan” dan berkata ia tidak akan menjadi perdebatan tetapi sesi soal jawab dengan hanya beliau akan bertanya soalan. Dia juga mengajukan 10 soalan untuk Arul.

Arul tidak pernah meminta untuk berdebat dan saya berani untuk mengatakan bahawa Tony Pua akhirnya kelihatan sebagai seorang pelawak kerana walaupun begitu konsisten dia mengkritik serta mahu berdebat mengenai 1MDB dia akhirnya “melarikan diri” dengan cara yang sangat licik bila perdebatan yang kita semua jangkakan akan benar-benar berlaku.

Sebagai menutup perbuatan liciknya dan satu perbuatan yang cukup menghina, Tony Pua kemudian mahu Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan, untuk menggantikan tempatnya. Arul menolak untuk berdebat dengan Rafizi dan bagi saya ia adalah satu keputusan yang tepat kerana Tony Pua yang memulakan ‘drama’ ini dan dia sepatutnya berani untuk berdepan dengan cabaran yang telah dibuatnya sendiri.

Kini, apa yang telah episod ini mengajar kita?

Pertama, Tony Pua mesti menunjukkan PAC penghormatan yang sewajarnya. Meminjam analogi undang-undang, bagaimana boleh seorang hakim juga menjadi seorang peguam dan berhujah mengenai sabjek atau kes yang sedang didengar oleh beliau. 

Ini adalah kekurangan asas menghormati proses yang sewajarnya dan ia sekali lagi menunjukkan bahawa Pakatan (tidak pasti jika terdapat Harapan atau tidak) menunjukkan sikap melampaui batas terhadap prinsip-prinsip asas keadilan dan prosedur pendengaran parlimen.

Kedua, mengapa Tony Pua melakukan “drama’ tersebut yang akhirnya membuat dirinya sebagai karektor katun apabila dapat disimpulkan bahawa dia tidak pernah berminat untuk berdebat dengan Arul dari awal lagi.

Ketiga, bolehkah kritikan ahli-ahli politik Pakatan diambil serius mengenai 1MDB jika mereka telah gagal, seperti dalam ‘drama” Tony Pua ini ? Mereka sudah hilang kredibiliti dan imej mereka telah tercalar.

Sesungguhnya ia adalah amat merisaukan bahawa terdapat ahli-ahli politik di Malaysia yang akan menggunakan dokumen yang didakwa dicuri untuk menghalalkan matlamat politik mereka dengan langsung tidak memperdulikan kesucian sistem ekonomi kita.

Tambahan pula, serangan berterusan ini juga telah menjejaskan proses rasionalisasi yang telah dilaksanakan oleh 1MDB dan ini sekali lagi menunjukkan bahawa ahli-ahli politik Pakatan tidak mahu menyelesaikan masalah sebaliknya mereka ingin menggunakan masalah 1MDB sebagai senjata politik.

Saya rasa rakyat Malaysia mesti melihat dengan jelas bagaimana ahli politik membawa diri mereka dan ia adalah penting untuk ahli-ahli politik untuk menjadi matang dalam bidang mereka dan bekerja demi kepentingan negara dan bukan sebaliknya.

Penulisan : Ivanpal Singh Grewal

* artikel ini telah diterjemah dari akhbar The Star


Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment