Wednesday, November 11, 2015

Mat Sabu Mahu Rampas Kelantan Dari PAS di PRU14 Nanti

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu memaklumkan partinya telah bersedia mengambil alih kerajaan Kelantan daripada Pas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berkata, Amanah bersedia mengambil alih kerajaan Kelantan daripada Pas bagi menyelamatkan kerajaan Islam Kelantan yang telah ditubuhkan oleh bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam masa Mat Sabu memberitahu, bagaimanapun Amanah akan melihat terlebih dahulu sokongan rakyat terhadap Amanah di negeri itu sebelum bersedia bertanding di semua kerusi milik Pas di Kelantan.

"Bagaimanapun, kita lihat dulu sokongan yang diterima Amanah. Kalau sambutan dan sokongan itu begitu hebat, kita akan bincang pada waktu itu untuk bertanding di Kelantan," kata Mat Sabu.

Menurut Mat Sabu, Amanah pada masa kini enggan memberi fokus kepada PRU14 kerana masa masih panjang dan apa yang difokuskan Amanah kini adalah untuk merebut kerusi di Pilihan Raya Negeri Sarawak yang dijadualkan berlangsung awal tahun hadapan.

Mat Sabu berkata, Amanah akan berbincang dengan rakan sekutunya dalam Pakatan Harapan (PH) bagi memberi peluang kepada Amanah untuk bertanding di Sarawak.

"Sekarang hal PRU14 kita tak bincang lagi di negeri atau tempat mana, melainkan Pilihan Raya Negeri di Sarawak.. kami akan cubalah untuk dapatkan kerusi bertanding disana," katanya.

Ada hati rupanya Mat Sabu nak merampas negeri Kelantan daripada Pas... mampu ke parti yang baru ditubuhkan tak sampai setahun jagung untuk merebut kerusi Pas di Kelantan? DAP yang sudah lama ditubuhkan pun tidak mampu merampas kerusi Pas di Kelantan, inikan pula Amanah mahu merampas kerusi Pas di Kelantan.

Lagi persoalan yang timbul, benarkah Amanah merupakan sebuah parti Islam yang menggantikan perjuangan Pas?? jika benar Amanah ditubuhkan mahu menggantikan Pas sebagai sebuah parti Islam, mengapa Amanah tidak memperjuangkan untuk melaksanakan hudud?? mengapa Amanah hanya tunduk kepada DAP yang membantah pelaksanaan hukum hudud??

Rasanya, Amanah hanya mimpi di siang hari untuk mengambil alih kerajaan Kelantan daripada Pas. Sebelum amanah hendak bertanding di kubu kuat Pas di Kelantan, adalah lebih baik Amanah bertanding kerusi Pas di Selangor terlebih dahulu yang kini direbut oleh DAP untuk bertanding.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment