Wednesday, November 11, 2015

Naib Presiden PAS Dedah Perangai Buruk Husam

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkan dakwaan bekas naib presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai berniat jahat untuk memburukkan imej Pas sebagai sebuah parti Islam.

Amar berkata, dakwaan Husam mengenai Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu menubuhkan kerajaan dengan kerjasama BN di negeri Selangor berniat jahat mahu memburukkan imej presiden dan parti Islam itu.

Katanya, Husam seharusnya mengikut saluran yang betul mengenai dakwaannya tersebut, bukannya membuat dakwaan terbuka yang sengaja mahu memburukkan imej Pas.

Tambahnya, bekas Presiden parti pernah mengingati seluruh ahlinya agar jangan menceritakan masalah dalaman parti secara terbuka dan mengibaratkan masalah dalaman parti sebagai kehidupan berumah tangga.

"Tidak kena mengkritik atau menyerang parti dan presiden secara terbuka. Kita selalu sebut kita ada saluran. Tok Guru Allahyarham Mursyidul Am Pas Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah sebut parti umpama rumah tangga dan kita tidak boleh bercakap isu rumah tangga di kedai kopi," kata Amar.

Pemimpin serpihan Pas ini sememangnya mempunyai niat jahat mahu memburukkan imej sesorang itu. Jika kita dapat melihat kembali tuduhan yang dilakukan oleh pemimpin Amanah terhadap seorang pemimpin terbukti pemimpin Amanah mempunyai niat jahat apabila tuduhan mereka tidak benar apabila tewas dalam pengadilan mahkamah.

Terbaru kita dapat melihat pemimpim Amanah serpihan Pas, Datuk Seri Nizar Jamaluddin kalah dalam kes mahkamah dengan memohon maaf kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Selain itu juga, terdapat pemimpin Amanah turut kalah dalam kes mahkamah apabila menuduh pemimpin dari parti lain melakukan perkara yang memalukan parti.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment