Wednesday, November 11, 2015

S Subramaniam Bakal Dikenakan Tindakan Undang-Undang Kerana Rampas Vape

Susulan rampasan yang dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) atas arahan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam terhadap peniaga rokok elektronik atau vape, peniaga-peniaga Vape melalui Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederahana Malaysia (Ikhlas) menggesa Subramaniam memulangkan semula barangan yang telah dirampas oleh pihaknya.

Menurut Presiden Ikhlas, Mohd Ridzuan Abdullah, Subramaniam perlu bertanggungjawab dan perlu memastikan pihaknya memulang semula barang rampasan yang dibuat KKM terhadap peniaga vape.

Dalam masa sama, Ridzuan turut memberi amaran keras kepada Subramaniam supaya memulangkan kembali barangan yang dirampas oleh pihaknya, jika tidak, tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap presiden MIC itu.

"Hari ini menteri kesihatan boleh kata vape ini membahayakan kesihatan, tetapi sehingga hari ini, belum ada bukti kukuh. Padahal, vape lebih selamat dari roko. Dr Subramaniam perlu bertanggungjawab.

"Dalam isu ini, jangan kita main api. Ikhlas minta supaya KKM pulangkan semula produk yang dirampas," kata Ridzuan.

Ridzuan turut menyifatkan tindakan Subramaniam mengarahkan KKM melakukan rampasan terhadap premis vape sebagai tindakan yang melulu kerana keputusan mengatakan vape lebih bahaya daripada rokok belum diputuskan KKM sepenuhnya.

"Kita tak puas hati. Kita tak berminat berunding dengan KKM. Mereka buat keputusan terburu-buru," katanya.

Itulah padahnya jika membuat keputusan melulu dengan menyuruh pihaknya melakukan serbuan sebelum kajian menyeluruh terhadap penggunaan vape dikeluarkan. Disebabkan keputusan melulu menteri kesihatan itu orang ramai telah memandang serong terhadap kementerian itu.

Selain itu, dapatkah Subramaniam memastikan semua barangan rampasan yang dilakukan pihaknya dipulangkan semula kepada peniaga vape?? Jika tidak, Subramaniam perlulah menghadapi amukan daripada peniaga-peniaga vape yang sememangnya marah atas arahan melulu beliau itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment