Wednesday, November 11, 2015

Umno Nafi Pernah Bincang Tentang Kerajaan Perpaduan Dengan PAS di Selangor

Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini menafikan dakwaan Datuk Husam Musa berhubung pembentukan kerajaan perpaduan Pas dan Umno di Selangor dengan mengatakan perkara itu tidak pernah dibincangkan dan mustahil kerana Pas dan Umno masih kekurangan kerusi Adun untuk membentuk kerajaan di Selangor.

Noh berkata, dakwaan Husam mengenai Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah mengadakan perbincangan dengan Umno Selangor adalah tuduhan yang tidak berasas kerana Umno Selangor tidak pernah berjumpa dengan Presiden Pas untuk berbincang mengenai perkara tersebut.

Tambah Noh, dakwaan Husam itu tidak logik kerana jumlah kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pas dan Umno dicampurkan masih tidak mencukupi untuk membentuk kerajaan di negeri itu kerana PKR dan DAP mempunyai kerusi Adun yang lebih.

Jelas Noh, Umno mempunyai kerusi 12 kerusi Adun dan Pas mempunyai 15 kerusi Adun di Selangor, manakala DAP mempunyai 15 dan PKR mempunyai 14 kerusi Adun dan jika dicampurkan kedua-dua DAP dan PKR mempunyai 29 kerusi berbanding gabungan kerusi Pas dan Umno 27.

Noh berkata, jika Pas dan Umno mahu menubuhkan kerajaan perpaduan di negeri itu, Pas dan Umno perlu mencari sekurang-kurangnya 3 Adun daripada PKR dan DAP untuk bersama mereka, dan perkara itu adalah sesuatu yang mustahil.

Oleh itu, dakwaan Husam mengenai kerajaan perpaduan diantara Pas dan Umno di Selangor adalah tidak masuk akal.

"12 Adun campur 15 Adun jumlahnya 27. Jumlah ini tidak boleh membentuk kerajaan perpaduan," kata Noh.

Apa yang dikatakan oleh Noh itu ada juga kebenarannya... Adalah satu perkara yang mustahil untuk Pas dan Umno untuk menarik sekurang-kurangnya 3 Adun daripada PKR mahupun DAP untuk membentuk kerajaan di Selangor.

Seperti kita tahu, Adun PKR dan DAP ini selalunya setia untuk  bersama parti tidak seperti pemimpin Amanah yang merupakan bangkai Pas yang sanggup menubuhkan parti baharu semata-mata mahu menjadi macai DAP.

Jadi, dakwaan Husam bahawa Hadi ingin menubuhkan kerajaan bersama Umno di Selangor sebelum ini boleh disifatkan sebagai mahu mencemarkan imej Presiden Pas itu dan parti Islam itu.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment