Wednesday, November 11, 2015
PM, Isteri Sertai Rakyat Malaysia Meriahkan Sambutan Deepavali
KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan
isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini menyertai ribuan rakyat
Malaysia pelbagai kaum memeriahkan sambutan perayaan Deepavali.
Najib dan isteri memulakan lawatan rumah terbuka Deepavali dengan
menghadiri majlis Rumah Terbuka Deepavali anjuran MIC di pekarangan
tapak pelancongan terkenal, Batu Caves, di sini.
Perdana Menteri yang segak berbaju kurta berwarna “champagne”
disambut oleh Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam, yang juga
Menteri Kesihatan, serta barisan kepimpinan MIC yang lain.
Para tetamu kemudian disajikan dengan pelbagai persembahan serta makanan tradisional kaum India seperti aloo gobi, inji puli, vadai dan prathaman.
Najib yang meluangkan masa 30 minit pada majlis itu turut dikalung
bunga malai dan memotong kek sebagai simbolik meraikan sambutan Pesta
Cahaya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment