Wednesday, November 11, 2015

PRU14 : Masih Terlalu Awal PH Bincang Soal Agihan Kerusi - Wanita PKR

KUALA LUMPUR : PKR menyifatkan masih terlalu awal untuk Pakatan Harapan yang turut dianggotai DAP-Parti Amanah Negara (Amanah) membincangkan mengenai agihan kerusi yang akan ditandingi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Malahan Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin memberitahu perkara itu masih belum dibincangkan di peringkat tertinggi Pakatan Harapan yang baru dibentuk menggantikan Pakatan Rakyat.

"Itu perkara yang masih lagi awal yang masiih belum lagi dibincangkan.

"Memang tidak ada lagi perbincangan ke arah itu," katanya kepada Antarapos.

Jelas beliau, selaku komponen Pakatan Harapan, Amanah yang ditunjangi bekas pimpinan PAS mempunyai hak untuk menimbulkan soal kerusi sebagai persiapan awal menghadapi PRU14.

"Cuma bila Amanah memutuskan menjadi sebuah parti politik dan itu memang hak dia untuk bergerak sebagai parti politik.

"Itu memang hak sesiapa sahaja untuk menggerakkan sebuah parti politik tapi untuk berbincang tentang kerusi itu sebab saya katakan terlampau awal untuk bincang tentang kerusi-kerusi itu dan bergaduh," katanya.

Mengulas lanjut Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang mengingatkan komponen Pkatan Harapan untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan parti masing-masing.

"Masih awal lagi, PRU14 mungkin lagi dua atau tiga tahun.

"Jadi kita menguatkan parti masing-masing dan bila tiba masanya baru kita duduk dan berbincang secara matang dan profesional," katanya.

DAP menerusi Pengerusi DAP Selangor Tony Pua sebelum ini berkata, parti itu sudah bersiap sedia bertanding di 8 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) PAS negeri itu.

Kerusi DUN PAS yang bakal ditandingi DAP ialah Taman Templer, Lembah Jaya, Sri Serdang, Meru, Cempaka, Dusun Tua, Tanjung Sepat dan Paya Jaras.

Malah tindakan ini mendapat sokongan penuh daripada Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment