Wednesday, November 11, 2015
Sudah Berat Fikiran Mahathir "Singkir Najib Keutamaan Saya, Selepas Itu 'Anda Putuskan'"- Tun M
KUALA LUMPUR : Walaupun wujud gesaan kerjasama dengan masyarakat awam
bagi memperbaiki sistem semasa kerajaan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata
keutamaan beliau adalah untuk menggantikan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
"Saya amat mengambil berat tentang perubahan pertama, yang merupakan
perubahan dalam kepimpinan. Apa sahaja yang datang selepas ia dicapai
adalah terpulang kepada pemimpin seterusnya untuk membuat keputusan,"
katanya kepada pemberita, Rabu.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan bekas Pengerusi
Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan, pada Isnin yang berkata dia terbuka
untuk bekerjasama dengan Dr Mahathir 'jika beliau cuba untuk memperbaiki
sistem semasa kerajaan berbanding hanya menyingkir keluar seorang
Perdana Menteri."
Ambiga berkata, keseluruhan sistem perlu diubah selepas menggantikan Najib sebagai Perdana Menteri.
Dr Mahathir berkata sebab utama beliau menyertai perhimpunan Bersih
baru-baru ini adalah untuk memberi tekanan kepada Najib untuk meletak
jawatan.
"Keutamaan saya supaya Najib berundur. Sebab itu saya menyertai
demonstrasi (Bersih). Bagi orang lain, terpulang kepada majoriti untuk
membuat keputusan.
"Jika mereka tidak suka dengan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan
sistem pilihan raya, maka mereka boleh membuang orang itu," kata beliau
merujuk kepada permintaan Bersih untuk pilihan raya yang bebas dan adil.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment