Wednesday, November 11, 2015
"Saya Adalah Mangsa Kepada Persepsi Salah" - Peguam Negara
PETALING JAYA : Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengeluh tentang
dirinya yang lebih dikaitkan dengan keahlian Umno berbanding menjadi
'golongan dalam' dalam Majlis Peguam apabila beliau memegang jawatan
Bendahari.
Dalam temubual dengan portal berita The Malaysian Insider, Apandi
berkata beliau menjadi ahli Umno dari 1982-1991 dan Ketua Pemuda Umno
Pengkalan Chepa tetapi tidak pernah menjadi bendahari untuk bahagian
itu.
"Dalam Umno, saya menjadi ketua Pemuda bahagian Pengkalan Chepa. Itu
saja. Ia tidak ada kena mengena dengan badan perhubungan negeri. Tiada.
Jawatan bendahari itu berkait dengan badan perhubungan negeri yang
besar. Saya tidak pernah jadi bendahari. Sila padamkan perkara itu dari
mana-mana saja.
"Ini tidak betul! Saya tidak pernah, langsung tidak pernah, menjadi
bendahari Umno," kata Apandi, 65, sambil berseloroh 'Saya mahu menjerit
kepada orang yang menulis biografi itu!"
Apandi, bekas Hakim Mahkamah Persekutuan dilantik sebagai Peguam Negara
untuk menggantikan Tan Sri Gani Patail ketika berlakunya kontroversi
apabila pegawai penguatkuasa SPRM ditahan atau dipindahkan dan kabinet
dirombak berhubung siasatan 1Malaysia Development Bhd.
Apandi menekankan bahawa beliau telah menghabiskan masa jauh lebih lama
dalam Majlis Peguam (1991-2003) dan dua penggal sebagai bendahari dan
juga pernah bercakap menentang kerajaan apabila mereka salah.
"Saya mangsa persepsi yang salah. Itu apa yang ingin saya katakan. Saya
menjadi mangsa persepsi yang salah kerana tempoh pendek saya dalam Umno,
di mana saya tidak memegang apa-apa jawatan tinggi, digunakan untuk
menyatakan saya seorang ahli Umno dan sebagainya.
"Tetapi dari sisi lain, saya lebih aktif dalam Majlis Peguam dan saya
beritahu anda, ada ketikanya kerajaan tidak bertindak betul, dan saya
beritahu mereka mengenainya.
"Tetapi jika anda bercakap tentang menjadi bendahari, saya bendahari
Majlis Peguam dan saya salah seorang ahli yang memegang jawatan, 'the
inner circle' (golongan dalaman). Anda tahu siapa golongan dalaman?
Presiden, naib presiden, bendahari, setiausaha. Empat orang. Mereka ini
golongan dalaman. Mereka semua boleh menjadi ahli Majlis Peguam, tetapi
mereka tidak menyertai perbincangan dalaman. Saya adalah sebahagian
daripadanya.
"Pertama kali saya menjadi bendahari, saya mula keluarkan buah fikiran
saya. Jadi, mereka semua cuba tutup mulut saya. Marah saya. Golongan
dalaman ini. Orang seperti Tommy Thomas dan Sulaiman Abdullah. Saya
beritahu anda nama mereka.
"Mereka mahu kenakan saya kerana pada masa itu saya pengerusi Peguam
Kelantan. Saya pengerusi Peguam Kelantan selama 7 tahun. Jadi sebagai
pengerusi Peguam Kelantan, akhbar kadang-kadang datang dan bertanya saya
macam-macam, jadi, saya berikan pandangan saya mengenai apa saja isu
yang dibangkitkan.
"Oleh itu, sebagai Pengerusi Bar Kelantan, kertas kadang-kadang datang
dan bertanya kepada saya barang kecil, sebab itu aku memberikannya
mengambil saya pada apa sahaja isu itu.
"Sesetengah pandangan saya tidak disukai golongan dalaman Majlis Peguam.
Jadi mereka mula menghentam saya dan sebagainya. Jadi, kami boleh
dikatakan, menghentak meja. Saya dan Sulaiman. Dan kemudian saya lihat,
semua orang memerhatikan apa yang saya katakan, mereka cuba untuk
kenakan saya. Kita mempunyai hak untuk bercakap, bukan?," katanya.
Apandi berkata Majlis Peguam juga cuba menutup mulutnya daripada
menyatakan pandangan sehinggakan beliau meletak jawatan sebagai ahli
pada tahun 2001.
"Orang yang boleh memberitahu semua ini, saya katakan kepada anda, ialah
seorang yang sinonim dengan Majlis Peguam, Cik Catherine Eu. Dia masih
hidup, ingatannya masih baik, pergi tanya dia. Dia boleh jamin apa saja
yang saya beritahu anda," katanya.
"Bercakap mengenai Majlis Peguam, saya berada di Majlis Peguam sebelum
orang seperti Ambiga (Datuk S Ambiga), Lim Chee Wee, Christopher Leong
dan Steven Thiru. Steven Thiru (presiden Majlis Peguam sekarang) masih
merupakan seorang peguam muda apabila saya mengambil petisyen pilihan
raya. Dia selalu ikut saya ke sana ke mari, bawa beg dan fail saya,"
katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment