Wednesday, November 11, 2015

Dewan Ulama Mahu Tindakan Disiplin Dikenakan Pada Husam

PAS menganggap tindakan bekas Naib Presidennya Husam Musa yang kini giat menyerang pimpinan parti itu sebagai satu tindakan keterlaluan dan mampu menjatuhkan reputasi PAS dalam persada politik tanah air negara.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Mahfodz Mohamad berkata, kini PAS sedang meneliti sedalam-dalamnya kenyataan dan pendedahan yang dilakukan oleh bekas pemimpin kanan parti itu dan akan dibawa ke Jawatankuasa Disiplin Parti untuk mengambil tindakan selanjutnya.

"Kita (PAS) akan serahkan kepada Jawatankusa Disiplin dan Tatatertib yang dipengerusikan oleh  Daeng Sanusi Daeng untuk mengambil tindakan terhadap Husam.

"Saya menyokong sepenuhnya tindakan disiplin diambil kerana beliau masih ahli PAS dan merangkap Adun di Kelantan (Salor) yang bertanding  di atas tiket PAS yang menyebabkan beliau masih terikat dengan peraturan parti.

"Ini lebih sangat bagi saya, sedangkan perkara yang didedahkan berlaku ketika Husam menjadi Ahli Lembaga Pengarah GLC itu. Jadi yang lepas-lepas, PAS agak lambat untuk ambil tindakan. Kali ini kita (PAS) akan minta jawatankuasa untuk ambil tindakan secepat mungkin," katanya lagi.

Husam dilihat agresif apabila 'menyerang' partinya dengan mendakwa Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengaku pernah merancang untuk bekerjasama dengan Umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor.

"Presiden kita mengaku bahawa dia pernah menawarkan kepada dua, tiga orang Adun PKR masuk PAS nak buat kerajaan dengan UMNO di Selangor.

"(Penonton) Ada yang tak pernah dengar tentang ini. Saya cakap terus terang malam ini, Presiden nak marah, marahlah," katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment