Wednesday, November 11, 2015

Tak Percaya Pada Parti Harapan Atau Takut Hilang Kuasa..... PAS Kekal Dalam Pentadbiran Selangor - Azizah

KUALA LUMPUR : Pakatan Harapan menerima PAS untuk terus kekal dalam pentadbiran kerajaan Selangor, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wah Ismail.

Beliau menegaskan, perkara itu telahpun dipersetuju PKR dan DAP.

“Kita (PKR dan DAP) terima PAS dalam kerajaan Selangor kerana Exco PAS dipilih orang rakyat.

“DAP juga telah menegaskan mereka menyokong kerajaan pimpinan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, ” katanya ringkas ketia ditemui di Mahkamah Tinggi pada Rabu.

Presiden PKR itu berkata, gabungan PKR-DAP-PAS telah bekerja dengan baik semenjak pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Gabungan ini berjalan dengan baik dan kita terimanya,” katanya.

Sebelum ini, Parti Amanah Rakyat (Amanah) dan pemimpin tertinggi DAP yang sebelum ini mendesak Azmin menerima kerajaan Selangor sebagai Pakatan Harapan. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment