Wednesday, November 11, 2015

Malaysia Minat Contohi UK Perketat Majlis Keselamatan Negara

http://assets.nst.com.my/images/articles/25roy.transformed.jpg
MANCHESTER : Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Malaysia berminat mencontohi United Kingdom (UK) tentang cara pengurusan National Security Council di negara itu untuk disesuaikan dengan pengurusan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Katanya beberapa elemen penting diperkenalkan National Security Council yang disesuaikan mengikut acuan dan kehendak landskap politik di UK boleh diguna pakai di Malaysia oleh MKN.

‘Walaupun mereka mewujudkan jawatan Security Adviser to the Prime Minister (Penasihat Keselamatan kepada Perdana Menteri) mulai bulan Ogos lalu, tetapi saya fikir beberapa langkah dan tahap yang dilakukan yang akan diumumkan di Parlimen di London nanti akan dapat kita contohi,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini selepas acara jamuan malam bersama-sama diaspora Malaysia di sini pada Isnin malam.

Ahmad Zahid, yang kini pada hari kedua lawatan empat hari ke UK, pada petang Isnin mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Penasihat National Security Council UK, Mark Lyall Grant, di London. Beliau diiringi rombongan delegasi Malaysia pada pertemuan itu.

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  mengenai perubahan yang dilakukan oleh UK berhubung pengurusan National Security Council itu, untuk disesuaikan mengikut acuan dan landskap politik Malaysia.  

Perubahan yang diperkenalkan oleh UK itu antara lain melibatkan penggubalan beberapa undang-undang yang memberi keutamaan kepada perkara yang menjadi ancaman terkini seperti keselamatan siber dan bagaimana peperangan bukan konvensional dilakukan oleh kumpulan pengganas.

‘Walaupun kita mempunyai elemen-elemen dalam dasar dan arahan MKN, namun
perincian di National Securty Council di UK  ini boleh kita pelajari supaya Perdana Menteri selaku pengerusi MKN dan saya membantu beliau, dapat memperketatkan  peraturan yang sedia ada di MKN,’ kata Ahmad Zahid.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment