Wednesday, November 11, 2015

UMNO Masih Kukuh, Dakwaan Berpecah Belah Hanya Serangan Politik Ciptaan Pembangkang

KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyangkal dakwaan pembangkang kononnya parti itu mengalami keretakkan dan ahli-ahlinya di peringkat akar umbi telah berpecah-belah.

Dakwaan itu kata beliau, sekadar serangan politik yang sengaja dilakukan pembangkang setalah melihat UMNO masih relevan dan mendapat kepercayaan kukuh daripada rakyat.

Katanya, pembangkang menjadikan beberapa isu semasa sebagai senjata politik untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO telah berpecah dan mengalami krsisis kepimpinan.

“Mereka putarbelit pelbagai isu, dijadikan senjata politik untuk menyerang UMNO walaupun faktanya tidak berasas dan berbau fitnah,” ujarnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.

Menyifatkanya sebagai tohmohan biasa dilakukan pembangkang, beliau menjelaskan apa juga isu dibangkitkan pembangkang ternyata masih mampu ditangani UMNO khsuusnya kerajaan Barisan Nasional (BN).
SyedAliAlHabshi
Menurutnya, tidak ada parti yang tidak dilanda dengan krisis dalaman dan UMNO sebagai parti terbesar mewakili orang Melayu sudah biasa berdepan dengan situasi sukar seperti sekarang.
“Sama ada UMNO, Pas, PKR mahupun Dap, semuanya tidak terlepas daripada masalah dalaman, itu perkara biasa bagi mana-mana pertubuhan sisasah.

“Sebenarnya UMNO masih kukuh dan mantap dibawah kepimpinan sedia ada, cuma pihak berkepentingan sengaja melemparkan persepsi negatif terhadap UMNO bgai meraih sokongan”, tegasnya.

Syed Ali menjelaskan, UMNO sudah cukup matang menangani pelbagai isu dan krisis politik sepertimana ketika pemecatanan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada UMNO dan kerajaan setelah mahkamah mensabitkan beliau bersalah dalam kes penyalahgunaan kuasa.

Katanya, UMNO juga berdepan dengan tekanan reformasi yang dilakukan oleh penyokong Anwar dan rusuhan jalanan berikutan penyingkiran tersebut.

“Bagaimanapun, UMNO masih kukuh sehingga ke hari ini malah semakin mendapat kepercayaan rakyat terutama orang Melayu dan umat Islam di negara ini,” tegasnya.

Kejayaan UMNO itu ujar beliau, berkat daripada semangat perpaduan dan permuafakatan pemimpin serta ahlinya-ahlinya di setiap peringkat yang komited kepada perjuangan parti.

Beliau yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan bagaimanapun menejlaskan, senario tersebut bukan jaminan bahawa UMNO berada dalam keadaan selesa.

Katanya, pemimpin dan ahli-ahli UMNO perlu berwaspada terhadap serangan jahat pembangkang yang lebih terancang dan sistematik dalam usaha mereka menumbangkan UMNO dan BN.

“Kita kena akur, pembangkang terlatih dalam serangan fitnah menerusi laman-laman sosial, mereka bijak menyogok rakyat dengan fakta dan tanggapan yang diputarbelit,” tegasnya.

Sehubungan itu, beliau mahu jentera siber UMNO terus pro-aktif untuk menangkis apa juga dakyah dan serangan fitnah dilakukan pembangkang.

“Di setiap peringkat termasuk akar umbi, jentera UMNO perlu lebih berperanan dan melipatgandakan usaha menyerang pembangkang dengan fakta yang tepat,” ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan isu pembentukan kerajaan campuran di Selangor sekadar gimik politik.

“Pada pemerhatian saya, tidak nampak kearah itu (kerjasama), kerana UMNO, Pas dan PKR Selangor belum mencapai sebarang kata putus, ianya hanya khabar angin,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment