Wednesday, November 11, 2015

Bajet 2016 Ambil Kira Pembangunan Ekonomi Selain Meringankan Kos Sara Hidup – Ahmad Husni

IPOH : Rakyat harus menerima bajet yang mengambil kira perbelanjaan pembangunan ekonomi, bukan hanya tertumpu kepada kos sara hidup, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata, bajet merangkumi tiga bidang utama iaitu kemampanan ekonomi negara, meningkatkan kapasiti negara dan meringankan kos sara hidup rakyat.

“Kadangkala kita hanya tertumpu kepada apa yang kita dapat daripada bajet ini dari segi kos sara hidup, kita tidak tengok apa yang kerajaan belanja untuk pembangunan ekonomi.

“Sebahagiann besar bajet mesti memberi tumpuan untuk mempertahankan ekonomi negara kita, sebab itu kita buat pembangunan,” katanya pada sidang media selepas sesi wawancara bersama Perakfm di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.
IPOH, 8 Nov -- Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah merangkap Ahli Parlimen Tambun bercakap pada sidang media selepas wawancara khas bersama Radio PerakFM, Ahad. --fotoBERNAMA (2015) HAK CIPTA TERPELIHARA
Beliau berkata, tumpuan turut diberikan kepada rancangan mengembangkan pembangunan Lembah Klang sehingga Seremban dan Port Dickson menerusi inisiatif Lembah Wawasan Malaysia dalam tempoh 20 hingga 30 tahun akan datang.

“Apabila kita melakukan kerja pembinaan, lebih daripada 50 sub sector mendapat keuntungan, bukan sahaja kontraktor tetapi bank, peguam, akauntan dan pembekal bahan mentah.

“Kita mahu pastikan tidak ada pembuangan pekerja atau pengangguran berlaku, itulah falsafah bajet ini,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment