Wednesday, November 11, 2015

Himpit Johor : Parti Amanah Dipersila Untuk Terus Pasang Angan-angan

KUALA LUMPUR : Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Shamsolbari Jamali menyifatkan kehadiran Parti Amanah Negara (Amanah) dalam politik tanah air adalah seperti mana lahirnya parti-parti baru yang lain dalam sistem demokrasi negara.

Justeru tegas beliau hasrat parti tersebut untuk menghimpit negeri berkenaan bukanlah satu perkara yang mengejutkan kerana mana-mana parti bebas untuk memasang impian dan meletakkan diri untuk bertanding di mana-mana sahaja.

“Pasanglah angan-angan untuk himpit negeri mana dan untuk tawan negeri mana sekalipun kerana ianya adalah satu perkara yang biasa bagi mana-mana parti politik di negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen.
Kubu BN
“Cumanya ingin diingatkan apakah mereka benar-benar sudah mencapai persefahaman dan mencapai kata sepakat di kalangan parti pembangkang.

“Apa pun itu urusan mereka dan bagi saya secara peribadi mana-mana pihak bebas untuk memasang angan-angan dan kehadiran Amanah adalah satu perkara biasa  dalam politik,” katanya kepada pihak media, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kehadiran Amanah serta hasrat parti berkenaan untuk menghimpit negeri Johor pada pilihan raya umum akan datang.

Tambah Shamsolbari lagi yang akan menentukannya kelak adalah rakyat yang akan memilih siapakah wakil mereka dan siapakah yang akan menjadi jambatan mereka yang akan berkhidmat nanti.

Sehubungan itu katanya UMNO dengan kerjasama daripada parti komponen (BN) yang lain akan terus berkhidmat sebaik mungkin dan melaksanakan tanggungjawab secara berkesan demi melaksanakan amanah yang diberikan.

“Kita percaya dengan kepimpinan hari ini tentunya soal melibatkan rakyat akan menjadi keutamaan dan pelbagai perancangan serta pelaksanaan adalah untuk rakyat semata-mata. jadi mereka akan menjadi hakim kepada apa yang kita laksanakan. Insya Allah berkat usaha kita percaya akan umbi akan terus memberi kepercayaan kepada kita nanti.

“Lahirlah apa sahaja parti sekalipun….namun jika sekadar perhiasan semata-mata tidak ke mana. rakyat memerlukan parti yang bertanggungjawab,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment