Wednesday, November 11, 2015

Untuk Pemimpin BN Tuduh Dan Hukum, Untuk Pembangkang Siasat Dulu Baru Tuduh

SUBANG : Ketua Penerangan UMNO Selangor, Datuk Zein Ismail berkata, pembangkang sentiasa bersikap tidak adil dan berat sebelah dalam membuat pertimbangan dalam sesuatu perkara atau isu yang melibatkan pihak kerajaan dan juga kepimpinan pembangkang.

Jelas beliau,  sikap tidak adil pembangkang ini amat terserlah khususnya apabila tuduhan-tuduhan atau fitnah fitnah yang dilemparkan kepada pemimpin kerajaan  dalam pelbagai isu semasa hari ini.

“Kita lihat dalam isu-isu semasa hari ini,  pemimpin pembangkang seolah-olah sudah menghukum bersalah terhadap kepimpinan UMNO dan kerajaan, termasuklah terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, biarpun  tuduhan-tuduhan  tersebut masih belum dapat dibuktikan dan jelas ianya hanya fitnah semata-mata.
zein isma
“Namun apabila ada pemimpin-pemimpin pembangkang yang dituduh melakukan penyelewengan dan juga dikaitkan dengan beberapa isu yang kontroversi cepat-cepat mereka mendakwa bahawa itu hanya fitnah daripada Barisan Nasional dan mempertahankan pemimpin-pemimpin mereka itu walaupun pemimpin mereka itu salah.

“Dalam isu 7.6 bilion peruntukan air yang masih tidak diperjelaskan. Dalam isu DEIG yang terus menjadi tanda tanya di Selangor. Isu-isu ini juga ada unsur-unsur penyelewengan namun pemimpin pembangkang tetap membela mempertahankan pemimpin mereka,” tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Tambah beliau, begitu juga dalam isu Langkah Kajang yang ternyata satu strategi politik yang jelas memanipulasikan demokrasi dan membazir duit rakyat hanya kerana agenda politik pemimpin tertentu di dalam pembangkang.

“Dalam isu langkah kajang kita melihat bagaimana pemimpin pembangkang yang diketuai oleh Anwar Ibrahim ketika itu memanupulasikan undang-undang dan mempergunakan rakyat untuk menjatuhkan menteri besar selangor Tan Sri Khalid Ibrahim demi agenda politik peribadi beliau.

“Bermacam bentuk fitnah yang dilontarkan kepada Tan Sri Khalid dalam usaha untuk menjatuhkan beliau dan akhirnya terbukti bahawa Tan Sri Khalid tidak bersalah, namun kepimpinan pembangkang sedikit pun tidak mengkritik strategi politik tidak bermoral itu sebaliknya menyokong tindakan tersebut demi kepentingan peribadi mereka,”ujarnya.

Justeru itu, tindakan pilih kasih dan tidak adil itu katanya amat merbahaya dan  perkara ini harus dinilai dan diteliti oleh rakyat yang mempunyai kuasa memilih kerajaan yang mentadbir.

Katanya, jika beginilah sikap pembangkang maka sudah pasti pertimbangan yang tidak adil dan berdasarkan keuntungan politik  ini akan terbawa-bawa di dalam pentadbiran mereka.

“Kita boleh lihat hari ini seperti mana di Selangor masih lagi bermain politik dalam isu-isu asas kepentingan rakyat seperti isu air, isu rumah murah, isu premium tanah yang semakin naik. Ini tidak pula mereka bangkang.

“Dan kerajaan Dap Pulau Pinang dapat kita lihat bagaimana mereka seolah-olah mengabaikan rakyat yang berpendapatan rendah dan sederhana dengan melengah-lengahkan pembinaan rumah-rumah murah yang mampu dimiliki golongan tersebut.

“Bagi saya apa yang berlaku di negeri pembangkang ini, adalah disebabkan oleh amalan sikap dan pemikiran dalam pertimbangan untuk membuat satu-satu keputusan di mana dasarnya lebih menjurus kepada kepentingan politik peribadi dan akhirnya menyebabkan  keputusan yang dibuat itu tidak adil dan tidak mempedulikan kepentingan rakyat,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment