Wednesday, November 11, 2015

Usaha DBKL Memperbanyakkan Unit Kediaman Bumiputera Perlu Dihargai Bukan Dikecam

Kritikan keras Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani ke atas pembangunan tanah seluas 1.8 hektar di Keramat, Kuala Lumpur, mengundang tanda tanya sama ada ada sesuatu yang luar biasa atau ia sekadar polemik politik dalaman UMNO menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2015.
johari-ghani 
Johari antara lain mendakwa pembangunan perumahan harga bebas di kawasan terbabit tidak menepati kehendak penduduk setempat dan membolehkan orang bukan Islam turut tinggal di kawasan terbabit. Kenyataan bukan sahaja tidak adil malah tidak mencerminkan usaha kerajaan mewujudkan perpaduan kaum.

Rentetan kritikan Johari, beberapa dakwaan tidak masuk akal mula tersebar bagi mengambarkan seolah-olah Dewan Banda Raya Kuala Lumpur dan Menteri Wilayah Persekutuan tidak bertindak secara wajar dalam pembangunan ini.

Antara dakwaan tersebut ialah harga tanah yang di tawarkan oleh pihak DBKL kepada Tetuan Era Ecoland Sdn Bhd Sebanyak RM 280,000.00 untuk Keluasan Tanah 1.82 Ekar. 

Dakwaan ini tidak benar sama sekali kerana harga yang dijual oleh DBKL kepada Tetuan Era Ecoland Sdn Bhd ialah RM 16,207,400.00 (RM 204 skp) dan ini dianggap wajar mengikut Kadar Nilaian Jabatan JABATAN PENILAIAN DAN PERKHIDMATAN HARTA (JPPH).

Selain dakwaan Johari bahawa rumah ditawarkan adalah harga bebas yang akan menyekat kemampuan bumiputera membeli; ada yang menyebarkan dakyah kononnya harga Jualan yang ditawarkan oleh pemaju ialah pada RM600,000.00 Hingga RM1,000,000.00.

Kedua-dua dakwaan ini sangat terpesong dari kebenaran. Pembangunan di Keramat ini mengambi konsep subsidi bersilang iaitu pemaju yang membeli tanah terbabit perlu membangunkan sebahagian tanah untuk rumah mampu milik. Bagi menampung pembinaan rumah mampu milik ini, pemaju dibenarkan membina rumah dengan harga bebas sebagai satu cara memastikan bukan sahaja pembangunan rumah mampu milik berterusan tetapi juga memberi keuntungan kepada Pemaju.

Dalam pembangunan oleh syarikat Eco Land ini, sebanyak 50% daripada pembangunan tersebut diperuntukan untuk pembangunan rumah mampu milik dengan harga RM 198,000.000. Harga ini merupakan murah RM 100 ribu berbanding definisi rumah mampu milik di Lembah Klang pada sekitar RM 300,000.00. 

Dalam pembangunan ini juga DBKL telah meletak syarat bahawa rumah mampu milik harus dijual 100% kepada bumiputera. Manakala bagi harga bebas ratio yang ditetapkan ialah 70% bumiputera, 20% Cina dan 10% India. Ini bermakna daripada 548 unit rumah pembangunan bercampur di Keramat, 466 unit adalah milik bumiputera.

Pembangunan tanah Keramat ini berkonsepkan subsidi bersilang iaitu DBKL membenarkan pembinaan 50% Harga Bebas tidak melebihi RM 600 ribu bagi menyeimbangkan kekurangan untung pemaju dalam membina rumah mampu milik.

Konsep ini telah dilakukan oleh Menteri Wilayah bukan sahaja bagi tanah ini tetapi juga di kebanyakan tanah di Kuala Lumpur bagi memastikan rakyat berpendapatan sederhana terus mempunyai peluang mendapat rumah yang berpatutan. 

Justeru tidak adil untuk Johari Ghani yang kini merupakan Timbalan Menteri Kewangan membuat komen semberono mengenai keputusan DBKL tanpa bertanya terlebih dahulu maklumat sebenar kepada pihak berkuasa terbabit atau Menteri Wilayah Persekutuan sendiri.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment