Wednesday, November 11, 2015

Wajarkah Masa Depan Negara Ditentukan Oleh Isu Berkait “Penagihan”?


20150831_E_CIG_AFP_620_465_100
Perbahasan mengenai kewajaran Vape ini dharamkan atau tidak nampaknya masih berlanjutan (walaupun keputusan telah dibuat).  Ini setelah ada Menteri yang namanya tidak perlu disebut disini mahu Kementerian Kesihatan menghentikan sementara rampasan perisa Vape bernikotin dan menghormati keputusan kabinet untuk tidak mengharamkan Vape.

Benda dah elok sejuk, jadi hangat semula hasil dari kenyataan itu, walhal yang dirampas ialah Vape bernikotin kerama nikotin tertakluk dimana Akta Racun Negara 1952.  Itu pun Menteri berkenaan tidak tahu nak beza apa yang kerajaan tidak haramkan dan apa yang Kementerian rampaskan?

Ada Vape bernikotin dan ada yang tidak, yang tidak dihalang kerajaan ialah penjualan Vape tidak bernikotin, yang ada nikotin tu perlu dirampas mengikut Akta di atas yang dah wujud lebih setengah abad pun.

Tapi menariknya, perdebatan mengenai hal ini di media sosial membawa kepada ugutan segelintir pengguna dan hampir semua peniaga Vape untuk tidak mengundi kerajaan BN dalam pilihanraya umum yang akan datang – hanya kerana kenyataan Menteri itu sahaja.

Yang menghisap pasal keinginan nak dihalang, yang menjual dah tentulah, bimbang fulus tak masuk.  Yang buat untung besar sampai berpuluh juta setahun bukan kedua-duanya tapi pembekal dan pengedar, majoriti mereka ini bukan Melayu pun.

Parah!!  Pada saat masa depan negara ini sudah boleh ditentukan oleh isu-isu berkaitan ketagihan (dalam hal ini ketagihan nikotin), maka parahla kita jadinya.   Nak jadi macam manalah negara ini nanti kalau segunung kebaikan ditolak tepi hanya sebab benda-benda ketagihan macam ini?

Inilah yang penulis lihat dalam perdebatan itu, habis semua orang yang menentang jadi bodoh (termasuk di kalangan doktor dan pakar perubatan), yang menjual dan menghisap pulak jadi cerdik (sekolah pun tak tahu tinggi mana). Kalau baik sangat, apa tak bagi anak, cucu cicit masing-masing yang masih sekolah tu hisap sama?

Hipkorit, hipokrit.

Maka itu kembalilah kita kepada rasional dan logik.  Nikotin adalah bahan kimia yang perlu dikawal penggunaannya, bukan boleh main sukat ikut suka seperti yang dibimbangi berlaku dalam isu Vape ini.  Cukai tak cukai tu bukan isu, sekarang kerajaan kita ni tak kaya pun dek cukai rokok, habis duit lagi ada nak menanggung penyakit yang disebabkan nikotin di hospital-hospital kerajaan.

Tolonglah, mintak tolong sangat ni.  Menteri yang berkenaan pun satu, jangan kelirukan rakyat, cukuplah segala macam banyak masalah berkaitan kenyataan Menteri (termasuk yang ditokok tambah) sebelum ini, jangan nak menambah.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment