Monday, September 21, 2015
1MDB Lancar Proses Jualan Tanah Pulau Indah
KUALA LUMPUR : 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan
proses tender jualan tanah dengan keluasan 128.7 hektar di Pulau Indah,
Selangor.
Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata ia melantik Savills (M)
sebagai penasihat dan menyediakan memorandum maklumat terperinci untuk
pengagihan.
“Pembeli berpotensi yang mempunyai kelayakan yang sesuai dipelawa
mendaftarkan minat mereka dengan Savills (M) bagi proses tender ini,”
katanya.
Tanah 1MDB di Pulau Indah, Mukim Klang, Selangor, itu adalah di tapak pembangunan tunggal yang besar.
Ia terletak bersebelahan Zon Bebas Pelabuhan Klang dan pembangunan industri yang lain.
Jualan tanah tersebut merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015.
Sementara itu, 1MDB juga berkata keseluruhan pelan itu berjalan
lancar, dengan pembida yang disenarai pendek pada masa ini menjalankan
proses kajian terperinci bagi Edra Energy dan Bandar Malaysia.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment