“SIMCA meliputi tiga pulau pelancongan iaitu pulau Langkayan, Tegaipil dan Billean. Kita khuatir berlakunya kes penculikan di kawasan ini,” katanya.
Monday, September 21, 2015
Esszone – Perintah Berkurung Dilanjut Hingga 8 Okt, Turut Liputi Beluran
KOTA KINABALU : Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin
Abdul Rahman hari ini mengumumkan pelaksanaan perintah berkurung di
kawasan perairan Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 8
Okt dan turut diperluaskan ke daerah Beluran.
Beliau berkata keseluruhan kawasan perintah berkurung itu kini
meliputi 2236.52 jarak nautika dari kawasan utara Sandakan hingga
perairan Beluran.
Katanya, arahan bagi kawasan perintah berkurung itu diperluaskan ke
tujuh daerah berbanding enam daerah sebelum ini dikeluarkan selepas
mengambil kira situasi keselamatan di kawasan berkenaan serta atas
permintaan beberapa pihak.
“Perluasan ini untuk mengukuhkan lagi keselamatan perairan di Sabah.
Kita percaya kawasan ini juga mempunyai banyak ‘pintu tikus’ yang boleh
dibolosi sehingga ke daratan sepanjang kawasan Esszone. Ini perlu
dikawal demi keselamatan dan mengelakkan jenayah rentas sempadan
berlaku.
“Kita khuatir banyak kes jenayah daripada Penculikan Bagi Tebusan
(KFR) yang cuba masuk melalui kawasan ini,” katanya dan turut
mengumumkan fasa ke-27 perintah berkurung di kawasan Esszone yang
berakhir esok, dilanjutkan sehingga 8 Okt, berkuat kuasa dari 7 malam
hingga 5 pagi.
Sebelum ini, perintah berkurung yang mula dilaksanakan sejak 19 Julai
tahun lalu dikuatkuasakan di perairan enam daerah di Esszone iaitu
Kinabatangan, Kunak, Lahad Datu, Sandakan, Tawau dan Semporna dengan
keluasan 121,270 jarak nautika.
Jalaluddin dalam pada itu berkata, perluasan itu juga mengambil kira
tiga pulau pelancongan yang diwartakan sebagai Pusat Pemuliharaan Marin
Kepulauan Sugud (SIMCA) yang terletak di kawasan Beluran.
Katanya, setiap bulan lebih 140 pelancong daripada England,
Switzerland, Amerika Syarikat dan Jerman berada di kawasan SIMCA untuk
meneroka dan menjalankan kajian di dasar laut.
“SIMCA meliputi tiga pulau pelancongan iaitu pulau Langkayan, Tegaipil dan Billean. Kita khuatir berlakunya kes penculikan di kawasan ini,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment