Thursday, September 03, 2015

Apabila Satu Kaum Bertindak Menghina Kaum Yang Lain... Patut Diajar Secukup-Cukupnya !!!

Selain tokoh-tokoh Melayu lain, Menteri Besar Perak Dato Seri Dr.Zambry Abd Kadir turut sama mengecam perbuatan memijak gambar pemimpin utama negara.

Ia satu perbuatan biadap yang tidak bertamadun. Sesiapapun tidak boleh menerima episod tersebut semasa berlangsung demonstrasi haram anjuran Bersih 4.0 di ibukota baru-baru ini.

 Dr.Zambry nyata kecewa, kesal dan terkesan dengan kemarahan. Mereka katanya begitu berani, angkuh dan sombong melakukan perbuatan itu. Mereka juga  cukup biadap memperaga perbuatan tersebut.

Beliau mengingatkan apabila ada satu-satu kaum bertindak menghina satu kaum yang lain, kaum tersebut akan merasakan ianya satu penghinaan.
“Ini bukan kerana namanya Najib, Hadi  . . . .apabila ia diterjemahkan daripada pandangan kaum ianya adalah sangat bahaya.”

Perbuatan kumpulan ini katanya merupakan satu perbuatan yang amat malang buat negara dan tidak boleh dimaafkan,katanya  kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan EXCO di Ipoh (Rabu).

Bercakap mengenai subjek sama beliau berkata demonstrasi haram itu juga  mencemar imej negara lebih-lebih lagi diadakan pada hari  negara menyambut hari kemerdekaan. Ia juga menjejas sambutan rakyat terhadap peristiwa penting ini.

Katanya perayaan kemerdekaan dijalankan tanpa ada batas-batas politik merentasi soal perbezaan politik, ideologi ataupun kepartian dimana ia harus dihormati.

"Perbuatan biadab dan melampau yang dilakukan oleh individu-individu terbabit sebenarnya adalah daripada tiupan, bisikan dan didikan yang dibuat oleh sesetengah pihak.

Apabila ada pihak menanam  budaya benci  dalam pemikiran anak-anak muda . . . .lihatlah akibatnya sekarang ini," katanya.

Beliau percaya jika tidak dibendung“ ia boleh mencetuskan keresahan, masalah perkauman dalam negara. Kerajaan katanya menyedia platform bagi yang melahirkan rasa tidak senang dan tidak bersetuju dengan dasar-dasar kerajaan . . . bukannya melakukan dengan berada di jalan raya. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment