Tuesday, September 01, 2015
Beranikah Parti Amanah Rakyat (GHB) Memperjuangkan Hudud Tanpa Persetujuan DAP?
Pada awal penubuhannya DAP menafikan penglibatan mereka dalam
GHB yang mana telah memecahkan kekuatan PAS dengan adanya “duri Dalam
Daging” di dalam parti yang selama ini konsistan berjuang atas nama
Islam.
Secara terang dan jelas kumpulan serpihan PAS Gerakan Harapan Baru
(GHB) telah membuka pintunya untuk ahli bukan Islam dan telah
mengistiharkan menolak Hudud sebagai agenda perjuangan dan bersedia
bersama DAP.
Tindakan ini telah memberikan kekuatan DAP dalam meraih undi dari
kaum Melayu yang mana selama ini amat kuat untuk dipecahkan. Namun semua
itu tinggal kenangan silam di mana kekuatan tersebut telah diulit
dengan perasaan bermusuhan sesama sendiri.
Membuka keahlian kepada bukan Melayu adalah satu pendekatan yang
meyamai DAP di mana komposisi penyertaan ahli berbilang kaum dalam
sebuah parti walaupun pada dasarnya ianya berteraskan Islam.
Cara ini , seperti yang telah diperkatakan sejak dahulu lagi oleh
Allahyarham Nik Aziz dimana perjuangan PAS adalah berteraskan Islam dan
dalam pada masa yang sama menggunakan hudud sebagai senjata untuk
menolak UMNO yang dikatakan menolak Islam.
GHB dikatakan sebagai pelengkap kepada Pakatan Rakyat yang baru dalam
persediaan menghadapi pilihanraya umum (PRU) akan datang. Sudah
tentunya GHB (Parti Amanah Rakyat) akan bersama DAP dan pecahan
sokongan ahli PAS akan berkurangan.
Dalam hal yang lain mampukah PAS bertahan dengan kewujudan GHB untuk bersaing dalam politik terutama dalam PRU akan datang.
PAS seharusnya keluar dari pakatan dan memulakan perjuangan bersama UMNO untuk mendaulatkan Melayu, Islam dalam negara ini.
UMNO juga adalah sebuah parti yang selama ini memperjuangkan Melayu
Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh parti Chauvanis
memperjuangkan budaya , bangsa dan hak hak kepentingan bangsa mereka.
Mengapa tidak jika PAS bersama UMNO untuk memperjuangkan perkara yang
sama. Jika difikirkan secara mendalam cara ini lebih mudah untuk PAS
dan UMNO buat keputusan penting, dan kita rasakan perlu diisi dalam
kelompangan untuk memperkukuhkan atau membina kembali perpaduan Melayu
yang telah lama dipecahkan dengan taburan fitnah pembangkang.
Pemimpin progresif dalam GHB (Parti Amanah Rakyat) telah mengambil
satu langkah berani dengan membenarkan orang bukan Islam menjadi ahli
parti yang akan berteraskan Islam ini. GHB (Parti Amanah Rakyat) telah
melihat bahawa perjuangan DAP adalah satu kaedah untuk meraih sokongan
dan menolak apa yang dipanggil rasis kepada UMNO yang hanya terdiri
dari kelompok Melayu sahaja.
Perlu diingat bahawa ramai orang bukan Islam yang menyokong dan
berkempen untuk PAS pada PRU ke-13 merasa marah dan dikhianati, apabila
parti itu secara agresif mengusahakan pelaksanaan hudud versinya. Ia
turut membuatkan komponen Pakatan Rakyat yang lain merasa kecewa.
Isu hudud menjadi faktor utama yang mengeruhkan hubungan antara PAS
dan DAP, dan akhirnya menyumbang kepada perpecahan pakatan pembangkang.
Jadi apakah yang berbeza pada kali ini? Hudud bukan lagi agenda
perjuangan GHB (Parti Amanah Rakyat), malah mereka lebih liberal dalam
mempromosikan GHB dengan lebih terbuka kepada semua pihak.
GHB telah mempertahankan hak untuk berusaha melaksanakan hudud, namun
berkata bahawa ia tidak menjadi keutamaan mereka pada masa ini.
Keutamaan mereka adalah membina kembali “demokrasi yang kukuh” di
Malaysia.
Dr Dzulkefly Ahmad menegaskan, walaupun hudud ada peranan yang
penting, ia tidak boleh menjadi pertimbangan sebelum wujudnya kerajaan
yang baik dan telus.
Persoalan yang timbul disini, apakah hudud juga akan digunakan
sebagai senjata untuk meraih sokongan oleh GHB (Parti Amanah Rakyat) ?
Secara peribadinya penulis mengatakan bahawa, sudah pastinya hudud
akan digunakan . Bagi penyokong Melayu, sesuatu perkara yang melibatkan
Islam pastinya akan dipertahankan dan akan menolak jika ada pihak yang
menentangnya.
GHB akan “meyakinkan” rakan-rakannya agar memberi peluang kepada
undang-undang jenayah Islam itu – bukan sahaja kerana ia adalah arahan
Tuhan, tetapi ada bukti perbandingan yang meyakinkan di luar negara,
menunjukkan sebahagian aspek hudud lebih berkesan dalam menangani dan
mengurangkan jenayah seperti kecurian dan rompakan.
Tetapi apa yang amat pelik bagi GHB mahu juga PAS, EJS1993(11) telah
pun diluluskan di Kelantan sebagai enekmen jenayah syariah yang telah
boleh dikuatkuasakan, namun sehingga kini enekmen tersebut masih lagi
belum dilaksanakan, Mengapa?
Pandangan penulis GHB akan menggunakan pandangan yang sama juga serta
alasan- alasan dan akan menyalahkan UMNO sebagai penghalang
perlaksanaannya, tetapi bukan DAP yang secara terangan menolak sehingga
berlakunya perdebatan isu perlaksanaan hudud dalam pakatan.
Dzulkefly sekali lagi menekankan bahawa pada dasarnya GHB (Parti
Amanah Rakyat) tidak akan mengabaikan hudud secara sekaligus, tumpuan
utamanya adalah kepada aspek tadbir urus yang baik.
Apakah maksudnya
ini? Ini adalah bermakna bahawa GHB (Parti Amanah Rakyat) akan
menggunakan hudud sebagai senjata dan bukan sebagai agenda teratas
sekali dalam perjuangan kepartian.
Nampaknya walaupun hudud bukanlah keutamaan GHB (Parti Amanah
Rakyat), ia sama sekali tidak terkeluar daripada gambaran. Dengan
perkiraan itu, bagaimana GHB (Parti Amanah Rakyat) benar-benar berharap
dapat menarik orang bukan Islam, terutama yang telah menyokong dan
mengundi PAS pada PRU ke-13? Sedangkan isu hudud ditentang secara hebat
oleh DAP?
Sekali tersengat, selalu beringat. Bukankah begitu? Pimpinan GHB
(Parti Amanah Rakyat) tidak boleh membuat tafsiran salah terhadap
keinginan pengundi bukan Islam. Orang bukan Islam yang menyokong
pembangkang bukan mahukan versi PAS yang ‘lebih baik’ semata-mata.
Mereka mahukan parti yang mempunyai visi yang selaras dengan
Perlembagaan Persekutuan dan rangka dasar bersama yang dipersetujui
setiap parti rakan.
Hudud adalah isu yang mencetuskan pertelagahan di Malaysia. Ia boleh
sahaja membuatkan rakyat berpecah. Ia telah menjadi kata putus buat
Pakatan Rakyat, dan pasti juga buat gabungan pembangkang yang baru
nanti.
Kita tidak boleh ada gabungan – di mana-mana pihak politik pun – yang
mendendangkan nada yang berbeza bergantung kepada pendengar mereka.
Setiap gabungan atau parti perlu jelas, tegas dan bersatu dalam visi
mereka untuk negara, walaupun apa sahaja visi tersebut.
Dalam konteks ini, DAP dan PKR mempunyai tanggungjawab besar terhadap
penyokong dan pengundi mereka untuk memastikan gabungan baru bersama
GHB(Parti Amanah Rakyat) bukan setakat kitar semula Pakatan Rakyat.
GHB (Parti Amanah Rakyat) pula perlu meyakinkan penyokongnya bahawa
DAP dan PKR sanggup untuk bersikap terbuka terhadap kemungkinan
menyokong agenda mereka yang berdasarkan prinsip Islam, termasuklah
hudud.
Semua parti perlu menuruti rangka dasar bersama dan perlu jelas sama
ada hudud sebahagian daripada visi bersama atau tidak. Secara jelasnya
GHB bukan berhak menerntukan agenda perjuangan mereka dalam kelompok
DAP, malahan DAP lebih berkuasa untuk menentukan segalanya.
Hanya masa yang akan menentukannya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment