Tuesday, September 01, 2015

Janji Kerajaan Dap Pulau Pinang Bela Nasib Kg Mutiara Diharap Bukan Satu Lagi Lawak Politik

KUALA LUMPUR : Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berharap, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mahu membantu penduduk di Kampung Mutiara, Batu Feringghi bukanlah satu lagi lawak jenaka politik bagi mengaburi mata rakyat.

Ujarnya, kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan Dap haruslah membuktikan bahawa mereka serius ingin membela nasib rakyat khususnya penduduk di kampung tersebut yang telah dihalau oleh pemilik tanah.

“Kerajaan Persekutuan telahpun memikirkan beberapa langkah untuk membantu selesaikan masalah penduduk di Kampung Mutiara ini. Kita dalam proses perundingan untuk membeli tanah tersebut tetapi sebelum itu kerajaan negeri haruslah bersetuju untuk memberi kerjasama.

“Sekiranya pembelian telah dibuat namun kerajaan negeri tidak mahu meluluskan pelan pembangunan maka pembelian tersebut hanyalah sia-sia.

“Inilah permulaan satu titik tolak di mana kerajaan negeri yang diketuai oleh Dap perlu mempunyai sifat peri kemanusiaan. Kalau sebelum ini mereka banyak berdolak-dalik dengan kerajaan persekutuan dalam pelbagai isu mungkin kali ini mereka perlu bagi satu keputusan satu akujanji untuk meluluskan pelan yang bakal dihantar kepada pihak kerajaan tempatan,” ujarnya dalam satu wawancara khas bersama pihak media.
Zainal_Abidin_Osman_0205_620_411_100
Jelas Zainal yang juga merupakan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan, akujanji tersebut amat penting kerana sikap tarik tali kerajaan negeri membuatkan pihak kerajaan persekutuan harus bersikap lebih berhati-hati.

“Saya berharap kerajaan Pulau Pinang akan mengotakan apa yang selalu mereka perkatakan iaitu memperjuangkan rakyat , membela setinggan dan mahukan kemajuan yang lestari.

“Saya sendiri sudah memohon untuk berjumpa Ketua Menteri hampir setahun tapi tak dapat persetujuan. Tinggi sungguh ego Lim Guan Eng. Maka saya harap Kampung Mutiara ini akan membuka peluang Ketua menteri turunkan sedikit ego.

“Jika semua pihak memberi kerjasama yang baik maka akan selesailah isu Kampung Mutiara ini,” ujarnya lagi.

Lim Guan Eng sebelum ini mengeluarkan kenyataan akan terus membela nasib penduduk Kampung Mutiara .

Sekiranya pemilik tanah mendapatkan perintah pengusiran daripada mahkamah maka Kerajaan Dap Pulau Pinang tidak akan meluluskan sebarang permohonan pelan pembangunan di kampung tersebut.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment