Ketidakhadiran Perdana Menteri Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak ke Persidangan Anti Rasuah Antarabangsa (IACC) Ke-16 di
Putrajaya yang bermula semalam bukan sesuatu yang mengejutkan atau
dibuat pada saat-saat terakhir seperti dakwaan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Paul Low.
“He was supposed to come, up till yesterday. He is not
here in view of the circumstances and some of the issues that are
recently happening and also involving him personally.
Low said he expected the prime minister to receive a hostile reception.
“As a minister, I have to advise him.
“We advised him in terms of security, and the atmosphere, that it’s
best that I deliver the keynote address,” he said. – Malaysiakini.com
Kenyataan Paul Low ini sangat mengelirukan kerana kita semua sedia
maklum sejak minggu lalu bahawa Perdana Menteri tidak akan hadir ke
majlis ini.
Ini berdasarkan kenyataan
Timbalan Ketua Pesuruhjaya II SPRM Datuk Seri Mustafar Ali pada 26 Ogos
lalu bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng
Kuan akan merasmikan Persidangan Anti-Rasuah Antarabangsa ke-16 yang
dijadualkan pada 2 hingga 4 September depan di Pusat Konvensyen
Antarabangsa Putrajaya (PICC). Majlis penutupan akan disempurnakan oleh
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar.
Tindakan tidak hadir persidangan ini bukan bermakna Perdana Menteri
takut kepada sambutan “panas” peserta yang hadir. Mereka yang hadir
dalam persidangan adalah kumpulan aktivis yang mereka yang berpendidikan
tinggi, beradab dan mempunyai budaya intelektual yang jauh lebih baik
dari penunjuk perasaan BERSIH 4. Mustahil akan berlaku suasana yang tidak menyenangkan Perdana Menteri atau keadaan tegang.
Namun Mohd Najib sendiri sedar kedudukan beliau yang masih dalam
siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memberi imej
tidak baik kepada Persidangan tersebut jika beliau yang merasmikannya.
Penganjur telah dimaklumkan sejak minggu lalu mengenai keputusan
Perdana Menteri tersebut. Dari mana datang andaian Paul Low ini sukar
dipastikan.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
No comments:
Post a Comment