Wednesday, September 02, 2015

TI Lebih Minat Main Politik Dari Dengar Kebenaran – Salleh Said Keruak

61439909894_SallehKeruak
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak menyifatkan Transparency International (TI) lebih berminat untuk bermain politik berbanding mendengar jawapan sebenar dalam isu dana politik Perdana Menteri untuk Pilihan raya umum ke-13. 

“Kita telah menjawab tetapi mereka memejamkan mata terhadap jawapan yang diberikan, kemudian mengulang lagi soalan tersebut dan menyatakan kita tidak menjawab.”

Salleh menjawab kenyataan Ketua TI, Jose Ugaz, yang mempertikaikan kegagalan Perdana Menteri Mohd Najib razak menjelaskan kontroversi dana RM 2.6 B ketika berucap di Persidangan Antarabangsa Anti-Rasuah (IACC) di Putrajaya petang tadi. 

“Tiada apa yang Perdana Menteri atau saya atau sesiapa sahaja boleh buat jika pihak satu lagi hanya berminat untuk mempolitikkan isu ini.” 

“Apa sahaja maklum balas dan bukti kita nyatakan ditolak atas sebab kepentingan politik. Anda mahukan jawapan tetapi dalam masa yang sama anda menolak jawapan yang diberikan.” 

“Sebenarnya, kita telah memberi beberapa kenyataan termasuk oleh Timbalan Perdana Menteri dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Malah Setiausaha Agung UMNO juga bercakap mengenai hal ini. 

“Malangnya mereka yang membawa isu ini tidak bersedia menerima fakta dan penjelasan yang diberikan.”

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment