Wednesday, September 02, 2015
Perlu Kita Faham... Nilai Ringgit, Harga Minyak Dan 1MDB
1. Ramai yang gagal untuk memahami mekanisma kenaikan nilai USD berbanding Ringgit Malaysia.
2. Kenaikan mendadak USD sejak awal tahun ini telah meresahkan
sedikit sebanyak rakyat negara ini dan lebih teruk lagi situasi ini
telah dimanipulasi oleh sesetengah pihak anti-kerajaan.
3. Pihak anti-kerajaan ini telah mendakwa kejatuhan nilai Ringgit
Malaysia berbanding USD adalah akibat daripada salah laku Kerajaan yang
korup, tidak amanah serta menggelapkan dana awam. Tidak kurang juga
tuduhan membabitkan institusi pelaburan kewangan negara, 1MDB yang
dikatakan telah menghilangkan sejumlah RM42 Billion.
4. Namun hakikat sebenar adalah terlalu jauh dari tuduhan-tuduhan tersebut.
PUNCA KENAIKAN US DOLLAR
5. Punca utama peningkatan USD berbanding dengan sejumlah matawang
lain di seluruh dunia adalah akibat daripada fenomena yang dikenali
sebagai “Dollar Super-Cycle”.
6. Fenomena ini berpunca daripada beberapa polisi fiskal Barack Obama
yang diperkenalkan selepas krisis ekonomi yang US hadapi pada tahun
2008.
7. Antara polisi fiskal yang diperkenalkan adalah pemotongan cukai
terhadap syarikat global dari negara tersebut. Ini telah mengakibatkan
beberapa syarikat global menarik semula kilang dan pusat operasi mereka
dari negara lain kembali ke negara asal mereka.
8. Polisi yang kedua pula adalah dengan mengurangkan aktiviti
ketenteraan mereka di Timur Tengah yang banyak membantu meningkatkan
penjimatan perbelanjaan negara tersebut.
9. Pengenalan kepada teknologi carigali minyak yang baru pada tahun
lepas juga telah meningkatkan penghasilan minyak mentah negara tersebut
kepada 2.5 kali ganda. Ini secara langsung telah meningkatkan bekalan
minyak mentah di pasaran melebihi dari permintaan.
10. Sekaligus ini telah mengakibatkan harga minyak mentah di pasaran
menurun dengan sangat mendadak (USD 110/barrel kepada USD 44/barrel).
11. Gabungan dari semua insiden ini telah melonjakkan ekonomi US
sekaligus menigkatkan nilai matawang negara tersebut berbanding dengan
beberapa negara lain di seluruh dunia dan bukannya Malaysia sahaja.
KEADAAN EKONOMI NEGARA
12. Ramai juga yang beranggapan bahawa kejatuhan nilai matawang
Ringgit Malaysia berbanding USD adalah indikator ekonomi di negara ini
sedang tenat.
13. Namun, tanggapan tersebut ternyata meleset. Beberapa agensi
penarafan kewangan dunia seperti Fitch, Moody dan lain-lain telah
menaiktarafkan gred kewangan negara ini.
14. Sejak dari krisis ekonomi negara kita yang berlaku pada era
pemerintahan Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri selepas beliau telah
menyedari bahawa amat bahaya sekiranya negara kita ini terlalu
bergantung kepada pelaburan dan pinjaman dari US sahaja. (Walaupun
kata-kata Tun Dr. Mahathir ketika itu bersifat anti-US, namun majoriti
pinjaman kewangan adalah dari US).
15. Sekiranya berlaku peningkatan matawang USD seperti mana yang
berlaku pada era tersebut, hutang negara juga akan meningkat akibat
daripada perbezaan nilai matawang.
16. Langkah yang diambil sejak dari krisis tersebut adalah untuk
mengubah polisi fiskal negara dengan melakukan pinjaman dari luar negara
kepada pinjaman dalaman.
17. Langkah ini ternyata berkesan apabila sekali lagi krisis ekonomi
dunia pada tahun 2008, Malaysia tidak terkesan seperti mana
negara-negara lain.
18. Ditambah lagi dengan polisi Dato’ Sri Najib Tun Razak dengan
mengambil langkah untuk melakukan kerjasama pelaburan dengan China pada
awal beliau memegang tampuk pemerintahan negara.
19. Beliau sekali lagi melebarkan jalinan ekonomi negara ke Timur
Tengah dengan menarik pelabur dari Qatar, Saudi Arabia dan Emiriah Arab
Bersatu.
20. Jalinan ekonomi ini beserta dengan polisi pinjaman dalaman telah
menyelamatkan negara di waktu nilai matawang USD mengalami kenaikan
mendadak.
21. Sekiranya dua dasar utama ini tidak dilaksanakan oleh Dato’ Sri
Najib, nescaya Malaysia akan mengalami krisis ekonomi yang lebih teruk
dari tahun 1998 dahulu. Namun, faktor ketiga yang mempengaruhi ekonomi
negara yang dalam proses penyelesaian adalah kebergantungan negara
kepada hasil petroleum.
JALAN KELUAR UNTUK MALAYSIA
22. Kebergantungan ekonomi negara dengan hasil petroleum juga adalah
amat membimbangkan. Suatu jalan keluar perlu difikirkan agar negara kita
tidak bergantung hanya dengan hasil petroleum sahaja.
23. Almarhum Raja Abdullah, Raja Saudi Arabia sebelum ini telah
sempat berbincang dengan Dato’ Sri Najib tentang kerisauan baginda
terhadap bekalan petroleum negara baginda yang semakin berkurangan.
(Baki 260 trillion tong sahaja)
24. Negara Islam perlu beralih dari kebergantungan kepada hasil
petroleum dan menceburkan diri dalam bidang ekonomi yang lain. Maka,
bidang ekonomi yang paling sesuai difikirkan antara mereka berdua adalah
bidang pelaburan kewangan seperti mana dilakukan oleh negara-negara
eropah.
25. Hasil dari perbincangan tersebut, Dato’ Sri Najib telah
mengilhamkan 1MDB sebagai syarikat pelaburan kewangan Islam milik
negara.
26. Dengan berasaskan model pinjaman, 1MDB menghasratkan untuk
menjana kewangan negara melalui pelaburan kewangan. Langkah-langkah
utama yang diambil oleh 1MDB adalah untuk menguasai pasaran tenaga dalam
dan luar negara.
27. Kini dengan penguasaan stesen janakuasa elektrik di dalam negara,
Malaysia mampu untuk membekalkn tenaga elektrik tanpa perlu menaikkan
harga seunit elektrik yang dibekalkan kepada rakyat.
28. Apabila 1MDB telah mencapai tahap matang, ia mampu untuk menjadi
hasil utama negara menggantikan hasil petroleum yang terlalu bergantung
kepada keadaan pasaran dunia.
29. Namun, belum sempat 1MDB menjadi suatu kuasa kewangan yang
menyeluruh, syarikat ini telah diserang oleh pembangkang dan mereka yang
takut dengan potensi 1MDB apabila ia berjaya kelak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment