Tuesday, September 01, 2015
Marina Sokong Bersih Sebab Tiada Matlamat, Kata Mahathir Suatu Ketika Dulu
Betulkah ‘Melayu Mudah Lupa’ sebagaimana tajuk bait sajak Tun Dr
Mahathir 14 tahun dulu atau lebih sesuai diubah tajuknya menjadi
‘Mahathir Mudah Lupa’? Imbasan sejarah akan menentukan yang mana satu
lebih tepat kebenarannya.
Tiga tahun lalu, kira-kira dua bulan selepas penyertaan anak
perempuannya, Marina dalam demonstrasi Bersih 3.0 (28 April 2012), Dr
Mahathir pernah secara terbuka menegur, menasihat dan meminta Marina
berfikir panjang sebelum terus aktif dengan aktiviti jalanan Bersih.
“Saya harap beliau (Marina) akan sedar apa yang dilakukannya untuk
kebaikan diri (menyertai Bersih), tidak elok untuk kerajaan pemerintah.
Beliau juga perlu bersifat sensitif terhadap abangnya (Mukhriz) yang
akan bertanding pilihan raya nanti (PRU-13),” kata Dr Mahathir dipetik
dari portal Malaysia Insider bertarikh 29 Jun 2012.
Sekarang ternyata nasihat dan teguran itu yang keluar dari mulut
Mahathir sendiri tiga tahun dulu, kini lebih sesuai ditujukan untuk
dirinya sendiri.
Mungkin Tun sudah lupa, kelihatannya memang begitu sementelah lagi
selepas penampilannya baru-baru ini untuk berjinak-jinak dengan peserta
himpunan Bersih 4.0, hari ini kelibat Dr Mahathir muncul lagi di
himpunan yang sama.
Apa lagi teguran Mahathir terhadap Marina waktu itu? Mungkin imbasan
lanjut Mahathir dalam kenyataan yang sama ini akan memperbetulkan
kembali masalah pemikirannya yang sedangkalut dalam mencari pendirian
mana yang benar.
“Dia (Marina) tidak kisah apa orang fikir. Saya kisah apa orang kata … jika tidak saya tidak akan kemana-mana".
“Mungkin sebab dia tidak ada matlamat, jadi dia buat apa yang dia
rasa sahaja. Saya tidak bersetuju dengan apa yang dilakukannya (sertai
Bersih), tapi sekarang kita tidak lagi boleh mengarahkan anak kita
‘jangan begitu, jangan begini; mereka boleh fikir sendiri,” katanya
lagi.
Dalam laporan yang sama Mahathir juga menekankan rasa tidak setujunya
dengan penglibatan Marina dalam Bersih yang mana Mahathir sendiri
mengakui NGO Bersih menjadi alat dan dipergunakan oleh pembangkang.
Kini Mahathir sendiri bersama Bersih, menyokong demonstrasi dan
himpunan jalanan untuk mencapai agenda peribadinya yang mahu menjatuhkan
Datuk Seri Najib Tun Razak tanpa peduli mudaratnya pada UMNO.
Hipokrit? Tentu sekali. Ibarat ketam mengajar anak berjalan lurus,
sudah tentu tepat sekali. Jilat ludah sendiri, amat-amat tepat.
Apa lagi? Sebutlah apa sahaja perumpamaan yang menggambarkan
hipokrasi tahap tertinggi atau kecelaruan akal manusia, sebetulnya
pemikiran Mahathir sudah bercelaru, Mahathir sudah lupa apa yang menjadi
pendiriannya dulu, hilang segala pertimbangan dan jati dirinya.
Dulu dia yang melarang kini dia yang melakukannya...
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment