Tuesday, September 01, 2015

Tak Sokong Tapi Datang Bagi Sokongan – Logik Orang Nyanyuk

11911422_1043486862330293_932114992_n 
Ramai yang terfana bila Tun M berkata dia tak sokong Bersih 4 tapi hadir pulak dalam perhimpunan itu.  Logik macam mana pulak ni, tak sokong tapi datang?  Ia samalah seperti berkata, saya bukan peliwat – dalam keadaan kemaluannya berada dalam dubor seseorang.

Maaf kalau kotor bunyi ayat tu, tapi itulah pilihan yang sesuai dalam keadaan sekarang.

Jadi kita boleh merumuskan logik yang menghasilkan alasan seperti itu hanya mampu diucapkan oleh seseorang yang tidak sempurna akalnya.  Kita tidak perlu rujuk ini kepada Tun M sekalipun kita sedang bercakap tentang kehadiran Tun M dalam perhimpunan Bersih tempohari.

Pening?  Memang peninglah, sesuaikan pulak itu dengan alasan Tun M hadir dalam perhimpunan Bersih tu, samalah maksudnya.

Menariknya, dalam Datuk Seri Najib Tun Razak mengecap kejayaan menghancurkan Pakatan Rakyat dengan terpisahnya PAS dari gabungan itu dan PAS itu sendiri pun terbahagi, datang Tun M mengukuhkan DAP yang merupakan penganjur utama perhimpunan haram Bersih ini.

Baguslah tu.

Alasan yang mengatakan Tun M datang kerana rakyat (bukan kerana sokong Bersih) adalah alasan tidak masuk akal kerana ini sudah Bersih anjuran kali ke 4.  Mana Tun M ‘punya rakyat’ dalam Bersih yang sebelum-sebelum ini.  Atau, mana Tun M ‘punya rakyat’ dalam perhimpunan Reformasi yang bertujuan menjatuhkan kerajaannya dulu?

Kita boleh lihat doa Allahyarham Datuk Fadhil Nor bekas Presiden PAS dulu sudah jadi kenyataan.  Tun M bukan sahaja menghalalkan apa yang haram pada zamannya jadi Perdana Menteri dulu, dia juga sudah terlibat sekali di dalamnya.

Tahniahlah penyokong-penyokong Bersih kerana berkiblatkan orang macam ini sekarang.  

Menitis air mata Anwar dalam penjara tengok apa yang dia mulakan sudah dihijack oleh Tun M dah jadi macam dia punya acara pulak.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment