Di Kuala Lumpur, lima lokasi ditetapkan sebagai lokasi berhimpun sebelum berarak ke Dataran Merdeka iaitu Sogo KL, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.
Tuesday, September 01, 2015
Bersih 4: Bil RM65,000 Akan Dihantar Kepada Maria Chin – Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan
Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan akan menghantar bil
berjumlah RM65,000 kepada penganjur perhimpunan Bersih 4, Maria Chin
Abdullah bagi proses pembersihan kawasan perhimpunan terbabit.
“Saya akan menghantar bil tersebut kepada Maria Chin dalam minggu ini juga.
“Banyak kawasan yang kotor, sampah merata-rata yang dilakukan para
pemprotes,” katanya pada sidang media pelaksanaan pengasingan sisa
pepejal di punca di MAEPS, di sini, hari ini.
Menurutnya ia tidak termasuk kerosakan yang dilakukan pemprotes dan
perkara berkenaan akan diserahkan kepada pihak Dewan Bandaraya Kuala
Lumpur (DBKL).
“Ada juga yang kencing merata-rata dalam longkang, dinding bangunan, tepi pokok dan lain-lain tempat,” katanya.
Bersih 4 berlangsung pada 29 Ogos lalu.
Perhimpunan itu diadakan serentak di Kuala Lumpur, Kuching di Sarawak dan Kota Kinabalu di Sabah.
Di Kuala Lumpur, lima lokasi ditetapkan sebagai lokasi berhimpun sebelum berarak ke Dataran Merdeka iaitu Sogo KL, Pasar Seni, Dataran Maybank, Brickfields dan Masjid Negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment