Tuesday, September 01, 2015
Perhimpunan Bersih Adalah Kerja Bodoh Dan Bangsat.. Najib Masih Lagi Perdana Menteri
Anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri, Nurulhidayah Ahmad Zahid
menyifatkan peserta yang menyertai himpunan Bersih 4.0 pada hari 29 dan
30 Ogos lalu sebagai satu kerja yang bodoh.
Hidayah berkata, himpunan itu dianggap satu kerja yang bodoh kerana demonstrasi jalanan pada zaman kini tidak lagi relevan.
Katanya, beliau juga pada satu ketika dahulu pernah melakukan menyertai
demonstari jalanan bagi menjatuhkan Tun Dr Mahathir, tetapi ia terbukti
sesuatu tindakan bodoh yang dirinya pernah lakukan.
"Aku pernah merasa zaman 1998 macam korang. Betapa bodohnya aku ketika itu sebab berkumpul nak seronok-seronok.
"Time tu aku suruh Tun Mahathir turun. Aku percaya ramai yang macam tu
dulu. Tapi zaman sekarang dah tak relevan babe kat atas jalan ni! Negara
luar tu dok perhati jer nak Malaysia huru hara," kata Ikon Belia itu
Hidayah berkata, kalau peserta himpunan Bersih itu betul-betul sayangkan
negara, masuklah askar pertahankan negara bukannya mempertahankan
negara dengan memakai uniform kuning berjalan di Kota Raya.
"Berani sangat la tu konon nak bangkang macam tu? Nak sangat pertahankan
Negara konon? Pergi masuk Askar la. Jaga sempadan. Pegi Ops pasir...
segala mak bapak Ops korang bole rasa.
"Nie takat uniform kuning bangga dapat masuk tv, masuk paper.. apa kejadahnya?" katanya.
Didalam perhimpunan Bersih 4.0 baru-baru ini, kehadiran bangsa melayu
yang sedikit berbanding demonstrasi yang sama sebelumnya telah menjadi
perhatian rakyat Malaysia. Ia dikatakan berpunca dari penarikan PAS
didalam demonstrasi tersebut.
Kehadiran Mahathir juga mendapat perhatian ramai sehingga banyak pihak
mengatakan Mahathir kini telah menjadi "kaldai tunggangan" kepada DAP.
Kini terbukti generasi muda seperti anak Timbalan Perdana Menteri ini
juga menganggap Mahathir melakukan kerja bodoh apabila turun menyertai
demonstrasi Bersih.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment