Tuesday, September 01, 2015
Mahathir Jadi Keldai DAP Di Bersih4 Kerana Sayangkan UMNO??
Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, menyifatkan
keberanian Ketua Veteran DAP Lim Kit Siang tidak seberani bekas perdana
menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berani bersama amarah kaum Cina
dalam himpunan Bersih 4.0.
Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam turut menyoal Kit Siang dengan
mengatakan adakah Ketua Veteran DAP itu berani untuk menyertai himpunan
bersama amarah orang-orang Melayu sebagaimana Mahathir lalukan pada
himpunan Bersih.
Katanya, sudah pasti Kit Siang tidak seberani Mahathir kerana dalam jiwa Kit Siang tertanam sifat racist terhadap orang Melayu.
"Beranikah Kit Siang di tengah Melayu yang marah," soal Zam.
Zam yang sering mempertahankan sahabat baiknya itu, turut menjelaskan
tujuan kehadiran Mahathir ke himpunan 4.0 untuk mendapatkan sokongan
rakyat pelbagai bangsa bagi mendesak Datuk Seri Najib Razak untuk
berundur dari jawatan Perdana Menteri.
Zam berkata, Mahathir seorang pejuang parti Melayu telah bertindak
berani untuk bersama penunjuk perasaan kaum Cina yang mahu Najib
berundur.
"Kenapa Tun hadir di himpunan Bersih Cina? Kerana Tun fikir Najib lebih
bahaya dari DAP. Tidakkah ini juga difikirkan oleh orang Melayu?
"Apa ruginya Tun di himpunan Bersih kecuali yang fikir akan bangsatkan
diri sendiri. Jelas tujuan Tun in whatever cause Najib must go. Itu
sebab utama dia hadir di Bersih. Dia mahu Najib pergi kerana dia
sayangkan Umno," kata bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia itu.
Jika Mahathir mahukan Najib berundur dari perdana menteri, mengapa
beliau perlu mengkhianati orang Melayu dengan menyertai perhimpunan yang
dilakukan orang Cina?
Jelas Mahathir sudah terjerat dengan permainan DAP yang mengajaknya
untuk sama-sama menyertai himpunan itu, walhal DAP menggunakan bekas
perdana menteri itu demi kepentingan parti DAP itu sendiri.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment