
Monday, September 21, 2015
Pakatan 2.0 Umpama Filem Do Re Mi…’Minah Atau Do Yang Mati Dulu’
KUALA LUMPUR : Isu pakatan 2.0 makin hari makin mengelirukan.
Siapakah sebenarnya yang berada di dalam pakatan baru terbabit. Ini
kerana pada satu ketika PKR mengatakan perlunya Pas berada di dalam
posisi pakatan terbabit dan pada masa yang sama Dap pula mengambil sikap
berlawanan dengan pendirian PKR manakala Pas pula pada masa yang sama
menyatakan tidak akan mengadakan tahaluf siyasi dengan Amanah.

Sekali imbas dan sekali pandang gelagat mereka itu tidak ubah
sepertimana dialog filem P.Ramlee, Do Re Mi…siapa mati dulu do atau
minah. Begitulah juga perumpmaan tepat untuk menggambarkan gelagat
antara Pas, Dap, PKR dan Amanah yang mana akhirnya semua tahu ianya
adalah pembohongan semata-mata.
Demikian menurut Ahli Parlimen Sekijang, YB Anuar Manap ketika
mengulas mengenai kemelut gabungan pakatan baru parti-parti pembangkang
setelah pakatan mereka sebelum ini diwar-warkan terkubur oleh Dap.
Menurut Anuar lagi kemelut di dalam gabungan baru dijangka akan
berterusan kerana masing-masing hari ini makin bertegas untuk tidak
menerima di dalam gabungan parti pembangkang berkenaan.
“Perang dingin antara Dap dengan Pas nampaknya makin
berterusan…manakala Pas dengan Amanah pula memasuki fasa baru setelah
Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilapor tidak akan mengadakan
tahaluf siyasi dengan Amanah kerana dianggap pengkhianat.
“Jadi di manakah penamatnya kepada bentuk kerjasama berkenaan.
Walaupun PKR cuba menjadi hero dalam pertembungan berkenaan, akhirnya
pakatan ini terus bercelaru, keliru dan haru biru,” katanya kepada
pihak media, di sini, hari ini.
PKR dilapor bakal mengadakan persidangan meja bulat pada Selasa ini bagi membincangkan pembetukan pakatan pembangkang baharu.
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, pihaknya
sejak sebulan lalu sudah mengambil inisiatif untuk bertemu dan
berbincang dengan pimpinan parti pembangkang .
Dilaporkan juga Dap berkeras ia tidak akan menyertai gabungan baru
parti pembangkang, Pakatan Rakyat 2.0, jika PKR tetap mahu mengekalkan
Pas sebagai anggota, menurut pemimpin parti itu.
Manakala terkini Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata
parti Islam itu tidak akan menjalinkan kerjasama politik dengan Amanah
yang ditubuhkan bekas pemimpin parti itu kerana “pengkhianatan”.
Anuar Manap seterusnya menambah apa jua nama pakatan sekali pun jika
tidak menemui titik persamaan, percayalah gabungan terbabit tidak akan
ke mana.
“Itulah yang kita nampak dan rakyat boleh nilai sendiri bagaimana
hala tuju mereka. Di peringkat awal sudah nampak ketidakserasian untuk
duduk berada dalam posisi yang sama di bawah satu payung. Bagaimana pula
langkah seterusnya nanti. Yang pasti mereka dah bercelaru dan terkeliru
antara satu sama lain,” katanya lagi.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment