Monday, September 21, 2015
Tanpa PAS Lebih Mudah Bentuk Pakatan Baru – Salahuddin Ayub
Parti Amanah Negara (Amanah) menganggap pendirian
Pas yang enggan bekerjasama dengan DAP dan parti itu akan memudahkan
lagi parti pembangkang membentuk sebuah pakatan baharu.
Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub berkata, dengan ini,
Amanah, PKR, DAP bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang
akan mempercepatkan lagi penubuhan muafakat baharu itu tanpa Pas.
“Amanah mengulangi pendirian dan komitmen bahawa kami akan bersama
dengan tuntutan rakyat untuk bersama dalam pakatan baharu pembangkang
bagi membawa perubahan politik,” katanya dalam satu kenyataan di sini
hari ini.
Salahuddin mengulas kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi
Awang yang menegaskan kerjasama politik parti itu hanya bersama PKR.
Kenyataan Abdul Hadi itu sekali gus menolak kemungkinan Pas akan
bekerjasama dalam pakatan baharu pembangkang yang turut dibarisi Amanah
dan DAP.
Menurut Salahuddin, Amanah telah beberapa kali menyatakan kesediaan
untuk bersama semua pihak termasuk Pas bagi menyertai perbincangan ke
arah menubuhkan muafakat politik baharu.
Beliau dalam pada itu, menyerahkan kepada rakyat untuk menilai
sendiri pendirian Pas yang menolak untuk berada dalam kerjasama politik
baharu parti pembangkang sebaliknya hanya mahu bekerjasama dengan PKR.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment