Monday, September 21, 2015
Tony Pua Membisu Kebocoran Maklumat PAC
1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini
menempelak Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua yang masih membisu
berhubung isu kebocoran maklumat oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara
(PAC) mengenai siasatan 1MDB serta pelanggaran prosedur Parlimen yang
berlaku.
Menurut 1MDB dalam satu kenyataan hari ini, dakwaan Wall Street
Journal (WSJ) kononnya telah mengkaji dokumen yang merupakan sebahagian
daripada siasatan 1MDB oleh PAC adalah satu isu yang serius berikutan
Tony merupakan sebahagian daripada anggota PAC.
“Tony mendakwa tanggungjawabnya adalah menegakkan akauntabiliti dan
ketelusan, namun di sebalik menjadi seorang anggota PAC, beliau hanya
membisu dalam hal (kebocoran maklumat) ini.
“Untuk mengelak daripada menjadi hipokrit sepenuhnya, Tony sepatutnya
menuntut satu siasatan menyeluruh terhadap kebocoran tersebut serta
prosedur Parlimen yang sepatutnya diambil,” kata kenyataan berkenaan.
Jelas kenyataan itu, 1MDB sentiasa berpegang kepada hujah-hujah yang
kukuh namun Tony sebagaimana dalam satu kenyataan hari ini tetap
mengitar semula serangan WSJ yang tidak bersandarkan kepada bukti
kukuh.
“Tony sekali lagi menggunakan modus operandi sama dalam perkara
berkaitan dengan 1MDB. Langkah pertama: Menunggu dakwaan sensasi yang
tidak berasas dibuat, sebaik-baiknya oleh akhbar asing.
“Kemudian, tanpa malu menumpang sama spekulasi itu dengan bertanya
soalan-soalan yang sama. Secara jelas, apabila fakta dan jawapan
diberikan, Tony terbukti salah, namun dia tidak menghirau fakta,
mengubah topik, membuat kenyataan beremosi dan kemudiannya menunggu
dengan senyap untuk satu lagi dakwaan sensasi yang tidak berasas,” kata
kenyataan itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment