Monday, September 21, 2015
Perkecilkan Seni Silat : Pak Samad Disifatkan Bawa Suara DAP
KUALA LUMPUR : Setiausaha Agung Persatuan Silat Kebangsaan
Malaysia (PESAKA), Datuk Megat Zulkarnain Omardin menyifatkan kenyataan
Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (Pak Samad) bahawa silat adalah
khazanah negara dan hanya sesuai untuk pertunjukan sahaja adalah satu
penghinaan besar kepada semua warga silat apatah lagi Perdana Menteri,
Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah mengiktiraf silat sebagai seni
mempertahankan diri rasmi negara.
Ujarnya, kenyataan Pak Samad itu boleh disifatkan sebagai suara Dap.
“Pak Samad telah dipergunakan Dap untuk mengeluarkan kenyataan tersebut.
“Walaupun kenyataan itu sangat kebudak-budakan dan tidak langsung
memberi kesan kepada orang silat tetapi perlu dijawab kerana yang
bercakap ini mewakili parti Dap.
“Bagi saya, inilah kesilapan kedua yang dilakukan Dap secara
berturut-turut. Pertama apabila Dap menganjurkan Bersih 4.0 dengan
menghina dan memijak gambar pemimpin. Ini telah mengundang kebangkitan
orang Melayu mempertahankan perkara-perkara yang bertentangan dengan
prinsip rukun Negara.
“Kedua apabila Pak Samad yang mewakili Dap mengeluarkan kenyataan
menghina orang silat khususnya orang Melayu,” ujarnya dalam sidang media
di Kompleks Mahaguru Omar Din di sini hari ini.
Beliau turut membidas kenyataan Pak Samad yang mengatakan
perkembangan teknologi semasa menjadikan amalan pesilatan tidak begitu
sesuai untuk memertahankan negara kerana ia boleh dikalahkan dengan
tembakan jarak jauh.
“Saya akui zaman serba moden ini memang ada senjata-senjata canggih
tetapi siapa yang bawa senjata atau bom semasa berjalan… Akhirnya yang
menjadi senjata kepada kita adalah pancaindera kita… silat…
“Inilah satu perkara Pak Samad atau Dap tidak faham. Mereka telah
menghina secara terbuka dan sekali lagi telah mengakibatkan orang-orang
Melayu bangkit dan marah.
“Ramai orang silat rasa terkilan dengan kenyataan tersebut kerana
yang menyertai silat adalah daripada pelbagai parti termasuklah mereka
yang tidak mencampuri politik. Silat bukan berkaitan UMNO. Ia disertai
oleh semua parti,” ujarnya lagi.
Tambahnya lagi, sebenarnya Dap mula berasa risau apabila melihat silat diberi satu pengiktirafan yang cukup besar oleh kerajaan.
“Ini ada hubungkait dengan sejarah dahulu. Semasa Lim Kit siang
menjadi Ketua Pemuda Dap, satu tragedi telah berlaku dalam negara.
Beliau tahu apa yang berlaku ketika itu di rumah Allahyarham Datuk Harun
Idris.
“Seluruh guru-guru silat berhimpun. Bila silat diberi pengiktirafan
maka yang paling risau adalah Dap sebab Kit Siang masih hidup dan pernah
menyaksikan apa yang berlaku dahulu.
“Kerana itulah Lim Guan Eng juga pernah mengeluarkan kenyataan mahu
silat diharamkan di Pulau Pinang tetapi bila mendapat tentangan maka ia
tidak dapat dilaksanakan,” katanya lagi.
Dengan sinis Megat turut mempelawa Pak Samad untuk melihat
persembahan silat dengan syarat beliau harus membawa anak muda Dap
sebagai saksi.
“Kalau dia nak tengok persembahan silat kita ini kita boleh
aturkanlah tapi kena bawa anak-anak muda Dap dan tengok praktikal ke
tidak,” ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment