Thursday, September 03, 2015
Pembelian Kapal Perang Mistral Perlu Bagi Negara : Presiden Isma
BANGI : Demi memastikan kedaulatan negara terus terjaga, pembelian
aset ketenteraan yang strategik adalah sangat diperlukan.
Presiden Isma, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, ia adalah perlu
untuk mengimbangi persaingan kuasa besar dunia antara China dan Amerika
Syarikat di Laut China Selatan sebagai aset cegah dan rintang yang
berbisa.
“Pembelian aset strategik adalah bertujuan untuk memodenkan Angkatan
Tentera Malaysia seterusnya membuka ruang dan dimensi baru kepada
kemampuan serta kekuatan ketenteraan negara,” katanya mengulas ura-ura
kerajaan Malaysia akan membeli kapal pengangkut helikopter Mistral
buatan Perancis yang bernilai kira-kira RM3 bilion.
Satu media antarabangsa pada 26 Ogos lalu menyiarkan laporan bertajuk
‘France Russia Mistral Ships Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier’
yang mengatakan bahawa lawatan dua hari Menteri Pertahanan Perancis,
Jean Yves Le Drian ke Malaysia mempunyai kaitan dengan pembelian kapal
perang itu.
Pembelian aset strategik menurut Ustaz Abdullah adalah amat diperlukan
untuk kegunaan misi bencana alam seperti gempa bumi di Sabah baru-baru
ini serta misi pencarian pesawat MH370 yang menelan belanja yang begitu
besar akibat kekurangan kelengkapan yang dimiliki.
Selain itu, ia menunjukkan kesiapsiagaan dan kekuatan Angkatan Tentera Malaysia dalam menghadapi musuh di sekeliling.
“Pembelian aset strategik dan berkemampuan tinggi mampu menggerunkan
musuh untuk menyerang negara kita seperti mana yang berlaku ketika
peristiwa pencerobohan Lahad Datu pada tahun 2013. Apa yang telah
berlaku adalah satu petanda bahawa musuh memandang rendah keupayaan
ketenteraan negara kita,” katanya lagi.
Terkini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein berkata
Malaysia tidak mengadakan perbincangan dengan Perancis mengenai
pembelian sebuah kapal pengangkut helikopter Mistral dalam pertemuan
antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan
Perancis Jean-Yves Le Drian Selasa.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Isma bullshit, apa kene mengena Isma dgn ketenteraan...Nak kene siasat kot, militant ni.
ReplyDelete