Wednesday, September 02, 2015
UMNO Balik Pulau Buat Laporan Polis Insiden Pijak Gambar PM, Abdul Hadi
BALIK PULAU : UMNO Bahagian Balik Pulau hari ini meminta
polis menyiasat tindakan peserta Bersih 4 memijak gambar Perdana Menteri
dan Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk
Seri Abdul Hadi Awang pada perhimpunan haram 29 dan 30 Ogos lepas.
Ketua Biro Penerangan UMNO Balik Pulau Ismail Kassim berkata
provokasi yang dilakukan oleh peserta perhimpunan itu telah menimbulkan
keadaan tidak selesa kepada dua parti Melayu terbesar di negara ini.
“Tindakan peserta perhimpunan memijak gambar perdana menteri dan
presiden PAS itu boleh mendatangkan kemarahan rakyat serta penyokong
kedua-dua parti politik serta merosakkan perpaduan dalam negara yang
akan mendatangkan kegusaran selain menyebabkan ketegangan kaum.
“Jadi kami mahu tindakan tegas kerana mereka ini sudah menanamkan
politik kebencian kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas
membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya di sini hari
ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment