Tuesday, September 01, 2015
Wanita BN Lahir Sokongan Padu Terhadap Kepimpinan Datuk Seri Najib
KUALA LUMPUR : Barisan kepimpinan Pergerakan Wanita Barisan
Nasional (BN) hari ini menyatakan dengan jelas dan nyata bahawa wanita
BN sebulat suara menyokong penuh kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul
Razak selaku Perdana Menteri dan juga Pengerusi BN.
Ujar ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, maklum balas yang
diterima oleh Wanita BN menggambarkan bahawa majoriti daripada rakyat
negara ini masih menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib.
“Wanita BN adalah tulang belakang parti serta menjadi jentera utama
di setiap pilihan raya serta program yang diadakan, malah sering
mendampingi rakyat maka maklum balas yang diperolehi sebenarnya majoriti
daripada rakyat negara ini masih bersama Datuk Seri Najib.
“Kami membawa suara akar umbi dan akan terus menyokong kepimpinan
sedia ada,” ujarnya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat
Wanita BN di Ibu Pejabat Wanita UMNO, Menara Dato Onn di sini hari ini.
Selain itu, tambahnya lagi Wanita BN menyatakan sokongan terhadap
kenyataan Perdana Menteri untuk menambahbaik akta komunikasi iaitu Akta
Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
1998.
Jelas Shahrizat, pindaan ini akan meletakkan penanda aras
antarabangsa dalam meningkatkan kawal selia internet tanpa menyekat hak
pengunaan internet di Negara ini.
“Ini penting agar para pengguna lebih bertanggungjawab terhadap apa
yang mereka siarkan di laman sosial. Sekarang ini kita lihat ramai yang
menyebar fitnah dan lari begitu sahaja. Ini bukan atas kapasiti politik
sahaja tetapi ramai rakyat negara ini menjadi mangsa fitnah di laman
sosial,” katanya.
Dalam sidang media itu juga, Wanita BN turut melahirkan rasa kecewa
dan kesedihan di atas kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad dalam perhimpunan haram Bersih sempena perayaan hari merdeka
baru-baru ini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment