Tuesday, September 01, 2015

Azmin Gagal Beri Penjelasan… ADUN BN Selangor Desak Pihak Berkuasa Siasat DEIG

SHAH ALAM : ADUN Barisan Nasional (BN) mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) Selangor, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Jabatan Peguam Negara dan juga Lembaga Zakat Selangor agar menjalankan siasatan terhadap penubuhan Darul Ehsan Investment Group (DEIG) memandangkan sehingga ke hari ini Menteri Besar Selangor, Azmin Ali masih gagal memberikan penjelasan berhubung isu tersebut.
azmin deig bodoh
Jurucakap bagi Adun BN Selangor, Budiman Zohdi berkata, sikap Azmin yang cuba berdolak dalik dalam memberikan jawapan berhubung isu tersebut telah menimbulkan kebimbangan dan curiga di kalangan rakyat.

“Kita minta pihak yang berwajib agar menjalankan siasatan terhadap DEIG di mana kita sebagai rakyat mulai berasa curiga memandangkan sikap Menteri Besar Selangor yang seolah-olah mengelak untuk memperjelaskan hal ini.

“Kami berpandangan adalah amat wajar di saat dan ketika ini pihak berkuasa yang berwajib untuk menjalankan siasatan terhadap DEIG di mana kita bimbangi berlakunya sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di situ.

” Selain itu, kenyataan Azmin yang bercanggah dengan mendakwa bahawa DEIG belum menjalankan sebarang aktiviti di mana kita mendapat maklumat bahawa syarikat tersebut telah pun menjalankan aktiviti perniagaanya,” tegas beliau di dalam satu sidang akhbar di hadapan pemberita di bangunan UMNO Selangor di sini hari ini.

Turut hadir dalam sidang akhbar tersebut ialah Adun Kota Damansara, Halimaton Saadiah, Adun Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz, Adun Batang Kali, Mat Nadzari Ahmad Dahlan, Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik, Adun Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias dan Adun Bukit Melati, Jakiran Jacomah.

Tambah beliau, Adun BN mendapat maklumat bahawa DEIG telah pun beroperasi di sebuah premis dan akan terlibat dalam satu projek usahasama yang berbilai RM 10 bilion.

“Jika perkara ini benar, maka sepatutnya Azmin membentangkan terlebih dulu kepada exco kerajaan negeri dan keputusan samada lulus atau tidak bergantung kepada mesyuarat exco-exco kerajaan negeri Selangor.

“Azmin tidak boleh bertindak sendirian dalam ini memandangkan aset tersebut adalah kepunyaan negeri dan ianya sepatutnya dibentangkan kepada exco kerajaan negeri.

” Kecuaian seperti ini tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang Mentri Besar kecuaian dalam hal ini mendatangkan sebab dan akibat yang serius kepada kerajaan negeri,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut menggesa Lembaga Zakat Selangor menjalankan siasatan terhadap syarikat tersebut berhubung satu laporan polis di man DEIG didakwa menyerahkan wang zakat kepada cabang-cabang PKR.

“Di sini timbul persoalan bagaimana sebuah syarikat yang menurut MB masih belum beroperasi wajib dan mampu untuk mengeluarkan zakat?

” Apakah Lembaga Zakat Selangor tidak dirujuk dalam hal mengagihkan zakat melalui parti PKR dan apakah penerima zakat yang diberikan oleh cabang PKR ini sememangnya terdiri dari golongan yang patut mendapat zakat atau sebaliknya?

“Jadi di sini jelas bahawa kewujudan DEIG ini ternyata menimbulkan pelbagai tanda tanya sertĂ  kemuyskilan di kalangan rakyat. Saya berharap agar pihak berwajib dapat menjalankan siasatan agar sekiranya berlaku di sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa, mereka yang terbabit dapat dihadapkan ke muka pengadilan,” ujarnya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment