Tuesday, September 01, 2015
Parti Amanah Negara Hanyalah Parti Kecewa Yang Ditubuhkan Orang-orang Kecewa – Anuar
KUALA LUMPUR : Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Anuar Shaari melihat Parti Amanah Negara (Amanah) yang
ditubuhkan oleh mereka yang tewas di dalam pemilihan Pas secara ‘borong’
baru-baru ini tidak ada bezenya dengan dengan penubuhan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) pada satu ketika dahulu.
Menurut beliau tindakan berkenaan adalah tindakan mereka yang kecewa
dan tidak sanggup untuk berdepan dengan kenyataan serta realiti sebenar
setelah tewas secara pukal pada pemilihan parti mereka baru-baru ini.
“Jawatankuasa pro-team parti ini juga dilihat mereka yang ‘tidak laku
lagi’ kerana telah tewas di dalam pemilihan parti yang dianggotai.
Sebab itulah kita katakan mereka ini adalah mereka yang kecewa dan parti
pun parti kecewa.
“Malah kita tidak terkejut jika parti ini umpama ‘boneka’ kepada Dap
yang telah memberi restu kepada penubuhan parti berkenaan. Tidak
mustahil satu hari nanti mereka akan mengawal pula tindak tanduk
pimpinan parti itu,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Dilaporkan Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB) Mohamad Sabu semalam
mengumumkan Parti Amanah Negara atau ‘Amanah’ digunakan sebagai nama
rasmi wadah politik gerakan berkenaan yang membariskan bekas pimpinan
utama Pas.
Bekas timbalan presiden Pas itu berkata GHB telah mengambil alih dan
akan menjenamakan semula sebuah parti politik sedia ada iaitu Parti
Pekerja-pekerja Malaysia sebagai Amanah dan butirannya akan diserah
kepada Pendaftar Pertubuhan (RoS) secepat mungkin bagi mendapatkan
kelulusan.
Anuar Shaari seterusnya menambah parti yang ditubuhkan atas
kekecewaan tidak akan ke mana kerana pimpinan dilihat lebih mengutamakan
kehendak sendiri berbanding kehendak ahli mereka.
“Jika sentiasa pentingkan kehendak sendiri bagaimanakah hendak
mendahulukan kepentingan rakyat.
Kita sudah boleh lihat dan boleh tengok
bagaimana tindak tanduk mereka sebelum ini.
“Tewas dan ditolak ahli sendiri tubuh parti baharu. Bukankah itu
memberi pelbagai gambaran kepada mereka sendiri. Jadi kepada rakyat
marilah sama-sama kita renung dan lihat sejauh mana komitmen mereka
untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh.
“Pelbagai alasan dan pelbagai dasar boleh dirangka untuk menarik
sokongan…namun apakah segala yang dijaja itu kelak benar-benar menepati
dan mendahulukan rakyat. Apakah kerana kecewa…apakah perjuangan demi
rakyat…sama-sama kita renungkan secara mendalam,“ ujarnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment