Tuesday, September 01, 2015
Bersih 4 & Pengkhianatan Tun M : Mana Komen KJ?
Asal dulu kita dah boleh jangka bahawa
barisan kepimpinan Pemuda UMNO yang ada sekarang, bergantung sepenuhnya
kepada isu yang viral dalam media sosial sebelum mengeluarkan komen, nak
nak Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin tu.
Hebat dalam Twitter, adalah dia, takdak
kalu, dia pun ikut senyap. Dulu agak-agak saja, melihat kepada keadaan
semasa dimana KJ gagal respon kepada pelbagai penghinaan terhadap Datuk
Seri Najib Tun Razak, kerajaan dan UMNO dalam Bersih 4, penulis yakin
memang itulah kesnya.
Nak tunggu viral dalam media sosial dulu
kalau nak tengok KJ buka mulut Mahal betul pendapat dia ya. Atau nak
maintain popular di media sosial saja? Orang Rembau yang undi dia tu
majoriti orang kampung saja pun, exposelah dengan media sosial ni tapi
bukan macam orang di bandar sikit sikit tweet, sikit sikit tweet.
Tak tahulah kalau lepas ni KJ nak bertanding kat Bukit Bintang, cubalah kok boleh menang.
Apa pun, ini macam mana cerita? Yang
patut ke depan pertahan parti, tak buat kerja itu. Banyak benda berlaku
sebelum, semasa dan selepas Bersih 4, apa respon KJ, apa respon Pemuda?
Kata aset banyak sangat, tapi mana dia, keluarkanlah untuk pertahan
parti!!
Siapa jadi Menteri ni, siapa jadi ketua
sayap parti ni? Bukan nak membandingkan tapi kalau dah memang
tanggungjawabnya tu, buatlah.
Ketua blur, organisasi dia pun ikut blur
sama. Dah 2 hari Bersih gulung tikar, baru ada kenyataan dari
Penerangan Pemuda, tapi tak apalah, baguslah, terima kasih, bak kata
orang putih, better late than never.
Tapi sebagaimana cepatnya KJ respon
kepada isu-isu tertentu, dalam isu ini orang juga mahu lihat dia respon
dalam isu Bersih ini juga. Penerangan, penerangan punya kerjalah.
Pengkhianatan dan cakap tidak serupa
bikin mantan Perdana Menteri Tun M yang menyokong demonstrasi haram
untuk menjatuhkan Najib (tak sokong demonstrasi haram nak menjatuhkannya
dulu) contohnya, memang baik kalau KJ ulas sebab ini yang orang
tunggu-tunggu.
Takkan takde sepatah langsung, macam benda tak penting.
Eh, penting tu sebab dulu malu-malu nak
kondem kononnya hormat Tun M bekas pemimpin UMNO tapi Tun M dah jadi de
facto leader pembangkang (CNN sahkan), kenapa masih nak malu-malu lagi?
Bila kita kata ada agenda, pandai pulak nak melompat dan arah
budak-budaknya membalas, tapi nak kata takde agenda macam mana bila
perangai macam ini?
Kalau tak boleh buat kerja tu, bagi
orang lainla. Pandai didik Exco jadi pemuja sendiri, Chief la apa bala,
tak pandai pulak buat benda sama kepada Presiden, parti dan negara.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment