Tuesday, September 01, 2015
Khaled Nafi Sultan Johor Keluarkan Kenyataan Burukkan Kerajaan Diterajui UMNO
NUSAJAYA : Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed
Khaled Nordin hari ini menafikan kononnya Sultan Johor Sultan Ibrahim
Almarhum Sultan Iskandar mengeluarkan kenyataan memburuk-burukkan
kerajaan diterajui UMNO, yang viral di media sosial baru-baru ini.
Beliau berkata Sultan Ibrahim tidak pernah menulis atau bertitah
seperti yang dinyatakan dalam kenyataan itu dan penyebarannya dilihat
sebagai satu perbuatan berniat jahat.
“Saya dititahkan oleh Tuanku Sultan untuk menafikan
sekeras-kerasnya kesahihan kenyataan tersebut. Saya tegaskan di sini
bahawa baginda tidak pernah menulis atau bertitah sedemikian.
“Tindakan penyebaran fitnah itu adalah berniat jahat, semata-mata
untuk melagakan hubungan baik yang sedia terjalin antara pihak istana
Johor dan kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan
mesyuarat pertama Majlis Teknologi Hijau dan Perubahan Iklim (MTHPI), di
sini hari ini.
Mohamed Khaled berkata kerajaan negeri sedang dalam proses mengenal
pasti pihak yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah itu dan tindakan
undang-undang akan diambil ke atas mereka.
“Kita akan dapatkan nasihat dan pandangan daripada pihak Penasihat Undang-Undang Negeri berhubung isu ini,” kata beliau.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment