Tuesday, September 01, 2015
Harga Minyak Turun, Peniaga Diminta Turunkan Harga
PETALING JAYA : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi
Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hamzah Zainudin memberi amaran kepada
peniaga supaya menurunkan harga barang selaras dengan penurunan harga
minyak bagi September.
Beliau berkata tempoh seminggu diberikan kepada mereka untuk berbuat
demikian atau berdepan dengan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan
Anti Pencatutan 2011.
Harga petrol RON95 dan RON97 turun 10 sen seliter masing-masing
kepada RM1.95 dan RM2.35 sen, manakala diesel turun 15 sen seliter
kepada RM1.80.
“Jangan melampau sangat dengan mengambil untung berlebihan,
sepatutnya ada penurunan harga, dan kita (kementerian) akan turun ke
bawah serta melihat sama ada harga barang ada penurunan atau tidak,”
katanya.
Hamzah
bercakap kepada pemberita pada majlis ramah mesra bersama warga Angkatan
Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) di sini, Selasa.
Beliau turut mempersoal tindakan peniaga yang cepat menaikkan harga apabila harga minyak naik.
“Hari ini saya hendak beritahu pihak peniaga bahawa penguat kuasa
akan tengok (jika peniaga kaut) keuntungan melampaui batas, kita ambil
tindakan. Ini (kaut untung) adalah tidak adil,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment