Tuesday, September 01, 2015
UMNO Papar Lulus Usul Sokong Najib
PAPAR : Persidangan perwakilan UMNO bahagian Papar meluluskan
sebulat suara usul khas menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak, yang juga Presiden UMNO.
Menurut kenyataan UMNO Papar di sini hari ini, usul khas berkenaan
bentangkan oleh Ketua UMNO bahagian Papar Datuk Abdul Rahim Ismail dan
disokong 573 orang perwakilan yang menghadiri persidangan itu pada Sabtu
lepas.
Usul khas berbentuk aku janji itu diluluskan sejurus selepas
dibentangkan pada persidangan UMNO bahagian itu yang dirasmikan Menteri
Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang
juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO.
Antara lain, usul itu berbunyi: “Kami ingin tegaskan bahawa sokongan
ini merupakan satu komitmen, kesungguhan dan kesetiaan kami untuk
mempertahankan institusi Kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Parti UMNO,
di mana penyandang jawatan kedua-dua institusi itu ialah YAB Datuk Seri
Najib Tun Razak.
“UMNO Papar berpegang kepada prinsip bahawa majoriti rakyat Malaysia
telahpun memberi mandat kepada BN, yang bertunjangkan UMNO, untuk
mentadbir urus negara, seterusnya menjaga dan memelihara kepentingan
rakyat pelbagai kaum dan agama di negara ini.”
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment