Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak 5,000 unit rumah PR1MA dan PPA1M akan turut dibina di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor transit aliran ringan (LRT) serta monorel antaranya Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa.
Monday, October 26, 2015
315,500 Unit Rumah Bakal Dibina Tangani Isu Pemilikan Rumah
KUALA LUMPUR : Sebanyak 351,500 unit rumah bakal dibina
melibatkan pelbagai agensi untuk segenap lapisan masyarakat dalam usaha
menangani isu pemilikan rumah dan meringankan kos sara hidup rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sebanyak 175,000
unit Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina dan dijual 20
peratus di bawah harga pasaran dengan peruntukan RM1.6 bilion.
Beliau berkata sebanyak 10,000 unit rumah itu dijangka siap pada tahun hadapan.
“Sebanyak 100,000 unit Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) akan
dibina menjelang tahun 2018 dengan harga antara RM90,000 hingga
RM300,000 selain bantuan Dana Mudahcara sehingga 25 peratus daripada
pembangunan disediakan,” kata Najib ketika membentangkan Bajet 2016
bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” di Dewan Rakyat Jumaat.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak 5,000 unit rumah PR1MA dan PPA1M akan turut dibina di 10 lokasi sekitar stesen dan koridor transit aliran ringan (LRT) serta monorel antaranya Pandan Jaya, Sentul dan Titiwangsa.
Beliau berkata pembinaan sebanyak 22,300 unit pangsapuri dan 9,800
unit rumah teres di bawah Program Perumahan Rakyat oleh Kementerian
Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan
dilaksanakan dengan peruntukan RM863 juta.
Katanya Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama di bawah KPKT turut
disediakan sebagai sumbangan kepada pembeli rumah pertama untuk rumah
mampu milik bagi tujuan bayaran deposit dengan RM200 juta disediakan.
Najib berkata kerajaan turut memperuntukkan RM40 juta di bawah KPKT
bagi pemulihan projek perumahan swasta terbengkalai selain pengecualian
duti setem diberikan ke atas surat cara pembiayaan pinjaman kepada
kontraktor penyelamat dan pembeli asal rumah terbengkalai.
Bagi generasi kedua peneroka Felda pula, Najib berkata sebanyak
20,000 unit rumah akan dibina oleh Felda sementara Felcra akan turut
menyediakan sebanyak 2,000 unit rumah dan 2,000 unit oleh Risda.
“Bagi rumah Felda, harga maksimum kini diturunkan kepada RM70,000 berbanding RM90,000 sebelum ini,” katanya.
Najib menambah kerajaan akan memperuntukkan RM60 juta kepada Jabatan
Kemajuan Orang Asli khusus untuk pembinaan rumah masyarakat Orang Asli.
Selain itu, sebanyak 10,000 unit Rumah Mesra Rakyat akan dibina oleh
Syarikat Perumahan Negara Berhad, dengan pemberian subsidi RM20,000 bagi
seunit rumah dengan peruntukan RM200 juta; 800 unit rumah mampu milik
oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berhampiran stesen MRT dalam
kawasan pusat bandar Kwasa Damansara oleh Kwasa Land milik Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan 4,600 unit rumah mampu milik oleh Sime
Darby Property, katanya.
Bagi menyediakan persekitaran penduduk yang selesa, Najib berkata
sejumlah RM150 juta diperuntukkan bagi membina dan membaik pulih 11,000
rumah daif di kawasan luar bandar oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar
dan Wilayah selain RM155 juta bagi penyelenggaraan perumahan awam kos
rendah dan Tabung Penyelenggaraan 1Malaysia oleh KPKT.
Antara lain, tabung ini membolehkan pembiayaan 100 peratus untuk pembaikan lif, railing serta pendawaian semula, katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment