Monday, October 26, 2015

30 Peratus Daripada KWPM Diperuntukkan Bagi Program Latihan Mengikut Keperluan Industri

KUALA LUMPUR : Kerajaan akan memperuntukkan 30 peratus daripada Kumpulan Wang Pembangunan Sumber Manusia, sebagai dana terkumpul bagi melaksanakan program latihan mengikut keperluan industri setempat di Sabah dan Sarawak, serta ‘Outplacement Centre’ bagi melatih semula pekerja yang telah diberhentikan.
http://media.themalaysianinsider.com/assets/uploads/articles/BUDGET2013_251013_TMIAFIF_006_NAJIB_(540x343).jpg
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat di sini hari ini berkata, ia adalah sebahagian langkah untuk meningkatkan kebolehpasaran tenaga kerja.

“Program kedua adalah melatih 15,000 peserta melalui program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) dengan kos RM250 juta yang akan dibiayai sepenuhnya oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC),” kata Najib yang juga Menteri Kewangan. 

Beliau berkata bagi menambahbaik pengurusan tenaga kerja asing pula, sebanyak RM77 juta akan diperuntukkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Bhd (PSMB) bagi menjalankan program seperti ‘train & replace’ dalam bidang terpilih seperti hospitaliti, perkapalan dan pengangkutan.

Katanya kerajaan juga terus komited dengan hasrat untuk mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus penglibatan wanita di peringkat membuat keputusan dalam sektor awam dan swasta.

“Ini termasuklah di peringkat lembaga pengarah dan kerajaan akan sentiasa memantau pencapaian dasar ini,” katanya.

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment