Thursday, October 15, 2015
Ada Dia Buat Menyusahkan Saja.... Saifuddin Abdullah Umum Sertai PKR
PETALING JAYA : Bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin
Abdullah pada Khamis mengisytiharkan keluar parti untuk menyertai Parti
Keadilan Rakyat (PKR).
Perkara itu diumumkan Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di ibu pejabat parti itu.
Terdahulu, sebuah poster mengumumkan penyertaannya ke parti pembangkang
itu mula tersebar menerusi aplikasi WhatsApp pada petang Rabu walaupun
sumber imej berkenaan tidak diketahui.
Bagaimanapun terdapat kesalahan menerusi maklumat dalam poster berkenaan
apabila ia menyatakan bahawa pengumuman penyertaan Saiffuddin ke PKR
akan dibuat di pejabat Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) di Damansara
Heights.
Bagaimanapun PKR sendiri sudah mengeluarkan jemputan bagi membuat liputan sidang media di ibu pejabat parti itu pada Khamis.
Saifuddin baru-baru ini diberikan surat tunjuk sebab oleh UMNO kerana
menghadiri persidangan meja bulat pihak pembangkang pada 21 September
lalu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment