Thursday, October 01, 2015
Adakah Media Prima Hari Ini Dikuasai DAP?
Kemunculan Ahli Parlimen Taiping, Nga Khor Ming dalam satu rancangan
temubual yang disiarkan di salah satu rangkaian Media Prima, NTV7
baru-baru ini begitu mencetuskan kontroversi dikalangan rakyat Malaysia.
Kemunculan beliau dalam rancangn bual bicara dalam bahasa Cina ini
sepatutnya bukan isu besar. Tetapi tindakan beliau yang dilihat
menyampaikan sesuatu yang tidak tepat terhadap kerajaan nyata begitu
memeranjatkan tambahan pula beliau muncul dengan salah seorang orang
kuat parti komponen Barisan Nasional, MCA.
Antara dakwaan beliau yang tidak wajar dan dianggap fitnah paing teruk
apabila mendakwa Klinik 1Malaysia yang diperkenalkan kerajaan sebelum
ini tidak mempunyai Doktor untuk merawat pesakit. Malah beberapa dakwaan
liar beliau yang mengaitkan nama pemin dunia seperti Presiden Amerika,
Barrack Obama, Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Zimbabwe, Robert
Mugabe yang kononnya sedang menuramah Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd
Najib Tun Razak.
Respon dikalangan Netizen nyata kecewa dengan peluang yang diberikan
kepada Nga ini kerana beliau pastinya tidak akan melepaskan peluang
untuk memperleceh dan menghina sebarang usaha kerajaan keatas kebajikan
rakyat Malaysia.
Ditambah pula dengan kemunculan orang kuat MCA ini sekaligus menguatkan
desas desus MCA bakal bergabung dengan DAP sedikit masa nanti. Dalam hal
ini, adakah Media Prima Berhad terutama chanel berbahasa cina seperti
NT7 dan TV8 kini sudah sedikit demi sedikit dikuasai oleh DAP dalam
menyampaikan persepsi dan propaganda perjuangan parti mereka?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment