Sunday, October 18, 2015
Amanah Berikrar Akan Tawan Sarawak
Walaupun tak sampai setahun jagung, parti Amanah yang ditubuhkan oleh
serpihan Pas telah menanam cita-cita untuk menawan Sarawak dalam pilihan
raya negeri yang dijangka diadakan awal tahun hadapan.
Menurut Pengerusi Amanah Sarawak, Mohamad Fidzuan Zaidi, partinya mampu
mengambil alih tempat Parti Pesaka Bumiputra (PBB) pada pilihan raya
negeri akan datang.
Fidzuan berkata, jika parti pembangkang mahu menawan Sarawak dalam
pilihan negeri, Pakatan Harapan harus memberi peluang tersebut kepada
Amanah kerana sokongan yang diterima Amanah dinegeri amat menggalakkan.
Tambahnya, jika Pakatan Harapan mengenepikan Amanah dalam pilihan raya
negeri itu, percayalah bahawa kerusi DAP dan PKR akan turut kekurangan
kerana mengalami kekalahan.
Jelas Fidzuan, jika dibandingkan Amanah dengan Pas, Amanah lebih relevan
di negeri Sarawak berbanding parti Islam itu berdasarkan pembentukan
parti baharu yang jelas dapat diterima rakyat di negeri itu.
Oleh itu, katanya, tidak mustahil Amanah mampu mengalah BN bagi menawan Sarawak.
"Dalam pilihan raya ini, saya jangka BN akan menang lebih besar. Mungkin
kerusi DAP pun akan berkurang apatah lagi kerusi PKR kerana pencapaian
baik Adenan sebagaimana pencapaian Pak Lah bila pertama kali masuk
pilihan raya sebagai perdana menteri.
"Namun Adnan sudah 77 tahun umurnya. Mampu ke dia memimpin lagi dalam
pilihan raya selepas ini? Kita yakin ketika itulah peluang Amanah," kata
Fidzuan.
Nampaknya Amanah begitu yakin untuk merebut kerusi di Sarawak sehingga
sanggup mengatakan DAP dan PKR akan kehilangan kerusi jika enggan
meletakkan Amanah dalam pilihan raya negeri itu.
Adakah DAP akan memberi ruang kepada Amanah untuk bertanding dikerusi
yang berjaya dimenangi mereka pada pilihan raya negeri lalu apabila
Amanah terlalu yakin mampu memenangi kerusi yang akan ditandingi?
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment